TARIKH PERMOHONAN BAHARU SKAS : SEMAK KELAYAKAN DAN CARA BUAT PERMOHONAN BAHARU
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah satu inisiatif kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2025.
Program ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Sarawak dengan menyediakan bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup.
BACA JUGA DI SINI : SKAS SARAWAK APPLICATION : SEMAK NAMA PENERIMA DAN JUMLAH BANTUAN DI TERIMA
JUMLAH BANTUAN
- Isi Rumah: Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM800.
- Bujang: Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250.
- Warga Emas: Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM400.
TARIKH PERMOHONAN BAHARU SKAS
Berikut tarikh permohonan bantuan SKAS SARAWAK dan tarikh tutup permohonan :
- Penerima Sedia Ada: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 secara automatik layak menerima SKAS.
- Permohonan Baharu: Individu yang tidak tersenarai dalam STR tetapi memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon mulai 1 Februari hingga 31 Mac 2025.
CARA BUAT PERMOHONAN BAHARU SKAS
Pendaftaran Sarawak ID:
- Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Jika belum, daftar di https://sarawak.gov.my.
Permohonan Dalam Talian (Khas Untuk Permohonan Baharu):
- Layari https://sarawak.gov.my.
- Log masuk menggunakan Sarawak ID.
- Isi borang permohonan SKAS dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Hantar permohonan sebelum 31 Mac 2025.
SYARAT BANTUAN SKAS
Semakan Dalam Talian:
- Layari https://sarawak.gov.my.
- Log masuk dengan Sarawak ID.
- Klik pada pautan “Semakan Kelayakan SKAS”.
- Masukkan nombor MyKad dan klik “Cari”.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SKAS
Bantuan akan disalurkan melalui aplikasi e-dompet S PAY GLOBAL.
Langkah-langkah:
- Muat turun dan pasang aplikasi S PAY GLOBAL.
- Daftar akaun dan lengkapkan pengesahan identiti.
- Pastikan akaun aktif untuk menerima pembayaran.
TARIKH BAYARAN SKAS
Pembayaran dijangka bermula pada suku pertama 2025 (Di antara bulan Januari sehingga Mac 2025.
Tarikh tepat akan diumumkan melalui laman web rasmi Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat terkini, layari https://sarawak.gov.my.
Hubungi talian bantuan yang disediakan di laman web rasmi untuk sebarang pertanyaan.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan mengikuti panduan yang disediakan untuk memastikan permohonan diterima dan berjaya.