STATUS MyKASIH 2025 (SEMAK BANTUAN RM1200,RM900 DAN RM600)
MyKasih 2025 merupakan salah satu program bantuan kewangan yang diperkenalkan kerajaan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan miskin dan miskin tegar.
Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad untuk pembelian barang keperluan asas. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan bagaimana semak status MyKasih 2025
Baca Juga : BORANG ZAKAT SELANGOR LZS (CARA MOHON BANTUAN ZAKAT SELANGOR)
SYARAT MyKASIH 2025
STATUS MyKASIH 2025 (SEMAK BANTUAN RM1200,RM900 DAN RM600)
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN MyKASIH 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR
- Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
- Selesai.
CONTOH SENARAI BARANG ASAS YANG BOLEH DIBELI DENGAN MyKASIH
- Makanan Kering
- Beras
- Tepung
- Gula
- Garam
- Mi segera
- Makanan Dalam Tin
- Sardin
- Susu pekat manis
- Kekacang
- Minuman
- Susu tepung
- Kopi
- Teh
- Milo
- Minyak Masak dan Perasa
- Minyak masak
- Kicap
- Sos cili/tomato
- Produk Penjagaan Diri
- Sabun mandi
- Syampu
- Ubat gigi
- Barangan Rumah
- Sabun basuh pakaian
- Cecair pencuci pinggan
Nota : Senarai barangan mungkin berbeza mengikut kedai dan tertakluk kepada kategori barangan yang diluluskan oleh MyKasih.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MyKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bersatus Miskin Dan Miskin eKasih | Bermula Januari 2025 (Bantuan Diagihkan Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Bukan eKasih) | Bermula April 2025 (Bantuan Diagihkan Selama 9 Bulan) |
JUMLAH BANTUAN MyKASIH
Kadar bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut :
- Kategori Penerima (Berdaftar eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM1200 (RM100 Sebulan) |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM1200 (RM100 Sebulan) |
Bujang | RM600 (RM50 Sebulan) |
- Kategori Penerima STR (Bukan eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM900 (RM100 Sebulan) |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM450 (RM50 Sebulan) |
Bujang | – |
KAEDAH PEMBAYARAN MyKASIH 2025
Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut :
NEGERI | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan |
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti dibawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/
- Emel : [email protected]