SEMAK EKASIH PEMBAYARAN PERTAMA 2025 : SEMAKAN JUMLAH & NAMA PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ialah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan asas harian.
Program ini merupakan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan MyKasih.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN BULANAN MyKASIH 2025 (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
JUMLAH BAYARAN BULANAN EKASIH 2025
Bantuan SARA eKasih akan disalurkan dengan jumlah sebanyak :
- Ketua Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
- Ahli Isi Rumah (Bujang) : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
TARIKH PEMBAYARAN EKASIH 2025
Penyaluran Bantuan SARA kepada penerima eKasih adalah setiap bulan selama tempoh 12 bulan (setahun) bermula pada bulan Januari 2025 sehingga Disember 2025. Namun kerajaan masih belum mengeluarkan kenyataan tarikh rasmi penyaluran SARA eKasih.
*Sekiranya tarikh rasmi penyaluran Bantuan SARA eKasih ditelah diumumkan, pihak kami akan mengemaskini semula.
SILA FOLLOW WHATSAPP CHANNEL UNTUK INFO TERKINI EKASIH & STR
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
KELAYAKAN LULUS EKASIH 2025
Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan untuk menerima Bantuan SARA eKasih RM50 dan RM100 setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan bawah garis PGK semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAK EKASIH PEMBAYARAN PERTAMA 2025
Berikut adalah panduan untuk menyemak kelayakan Bantuan SARA eKasih 2025:
- Layari laman rasmi: Pergi ke https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Tutup pemakluman terkini: Klik butang [TUTUP] jika ada pemakluman terkini.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan: Taip 12 digit nombor Kad Pengenalan anda tanpa sengkang (-) di ruangan yang disediakan.
- Klik [Log Masuk]: Pilih butang untuk log masuk ke sistem.
- Pengesahan Nombor Kad Pengenalan: Tekan [Semak] untuk pengesahan.
- Kata Kunci Keselamatan: Periksa kata kunci keselamatan anda. Jika betul, tekan [Ya].
- Masukkan Kata Laluan: Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Akses Profil: Halaman profil anda akan dipaparkan.
- Semakan Permohonan: Klik bahagian [Semakan Permohonan].
- Semakan Tahun 2025: Pilih [Semakan 2025].
- Maklumat Bayaran: Skrol ke bawah dan klik [Maklumat Bayaran].
- Paparan Status: Status kelayakan Bantuan SARA eKasih akan dipaparkan.
- Selesai: Semakan anda kini lengkap.
Nota Penting: Pastikan anda menggunakan maklumat log masuk yang sah. Jika anda terlupa kata laluan, sila ikuti panduan pemulihan di laman web tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.