SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN JANUARI 2025 : SEMAKAN RM100 DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah salah satu komponen di bawah Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia.
SARA bertujuan untuk membantu keluarga yang memerlukan dengan menyediakan bantuan kewangan tambahan bagi pembelian barangan asas.
Obektif sumbangan ini adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup terutama bagi golongan B40,memberikan sokongan tambahan kepada isi rumah yang mempunyai tanggungan besar dan memastikan rakyat dapat membeli barangan keperluan asas seperti makanan, bahan masakan, dan produk harian.
BACA JUGA DI SINI : MY STR 2025 FASA 1 SEMAKAN
KRITERIA KELAYAKAN SARA
Untuk memastikan bahawa SARA disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kerajaan menetapkan beberapa syarat kelayakan, antaranya:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Pendapatan Isi Rumah:
- Pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM5,000.
- Keutamaan diberikan kepada keluarga dengan tanggungan ramai atau warga emas.
- Penerima Sedia Ada STR:
- SARA sering diberikan secara automatik kepada penerima bantuan STR yang layak.
- Kategori Penerima:
- Isi rumah (pasangan dan anak-anak).
- Warga emas tanpa pasangan.
- Individu bujang berpendapatan rendah.
CARA MOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Pendaftaran Automatik melalui STR
SARA biasanya tidak memerlukan permohonan berasingan. Sekiranya anda telah:
Berdaftar dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kelayakan SARA akan dinilai berdasarkan maklumat yang anda kemukakan dalam permohonan STR.
Permohonan Baru (Bagi yang belum mendaftar STR)
Langkah berikut perlu diambil:
- Layari Portal Rasmi STR
- Daftar akaun baharu atau log masuk ke akaun sedia ada.
- Isi Borang Permohonan
- Kemukakan butiran seperti:
- Maklumat peribadi (nama, nombor kad pengenalan, alamat).
- Pendapatan isi rumah.
- Bilangan tanggungan keluarga.
- Muat Naik Dokumen Sokongan
- Kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Slip gaji/surat pengesahan pendapatan.
- Dokumen sokongan lain (jika diminta).
- Hantar Permohonan
- Semak butiran dan pastikan semuanya lengkap sebelum menghantar permohonan.
Permohonan Secara Manual
Bagi yang menghadapi kesukaran menggunakan portal dalam talian, permohonan manual boleh dibuat di:
- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Pejabat Daerah.
- Pusat Khidmat Masyarakat yang berdekatan.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN JANUARI 2025
Layari Portal Rasmi
- Pergi ke laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pemakluman Terkini
- Pada halaman utama portal, akan muncul notifikasi pemakluman terkini. Klik pada butang [TUTUP] untuk meneruskan ke bahagian utama.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan anda (tanpa sengkang “-“) di ruangan yang disediakan.
- Klik Log Masuk
- Tekan butang [Log Masuk] untuk memulakan proses log masuk.
- Pengesahan Nombor Kad Pengenalan
- Sahkan nombor Kad Pengenalan anda dengan menekan butang [Semak].
- Semak Kata Kunci Keselamatan
- Kata kunci keselamatan akan dipaparkan.
- Klik [Ya] jika kata kunci tersebut adalah betul.
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan kata laluan anda yang telah didaftarkan.
- Akses Profil
- Setelah berjaya log masuk, bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Semakan Permohonan
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Semakan Tahun 2025
- Klik pada butang [Semakan 2025] untuk melihat status terkini bantuan.
- Maklumat Bayaran
- Layarkan skrin ke bahagian bawah dan tekan butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Dipaparkan
- Status pembayaran Bantuan SARA anda akan dipaparkan di skrin, termasuk jumlah bantuan dan tarikh pembayaran.
- Selesai
Anda kini telah selesai menyemak status bayaran Bantuan SARA 2025.
TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 DI SALURKAN
Pihak kerajaan akan memasukan Bantuan Sara Hidup secara ansur berperingkat setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN & MISKIN TEGAR)
- Bermula ** Januari 2025 Sehingga ** Disember 2025
PENERIMA BAHARU(ASAS BUKAN MISKIN)
- Bermula ** April 2025 Sehingga ** Disember 2025
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi.
JUMLAH RASMI BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
- ISI RUMAH
- Miskin & Miskin Tegar :
- RM1,200 setahun
- Asas Bukan Miskin :
- RM900 setahun
- Miskin & Miskin Tegar :
- BUJANG
- Miskin & Miskin Tegar :
- RM600 setahun
- Asas Bukan Miskin :
- Tiada
- Miskin & Miskin Tegar :
- WARGA EMAS
- Miskin & Miskin Tegar :
- RM1,200 setahun
- Asas Bukan Miskin :
- RM450 setahun
- Miskin & Miskin Tegar :
CARA BANTUAN SARA DI SALURKAN
Terdapat dua (2) cara Bantuan Sara Hidup akan dimasukkan kepada penerima, iaitu melalui :
- Secara Tunai :
- Bagi penerima di Sabah dan Sarawak akan menerima Bantuan Sara Hidup secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau dikreditkan ke dalam akaun bank penerima.
- Secara Tanpa Tunai :
- Bagi penerima di Semenanjung Malaysia akan menerima Bantuan Sara Hidup secara tanpa tunai dikreditkan ke dalam kad pengenalan untuk pembelian barang keperluan asas tanpa tunai (cashless).
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.