SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Sama seperti tahun sebelum ini, pemberian bantuan tunai ke dalam Mykad akan diteruskan pada tahun 2024. Namun, pemberian bantuan RM100 setiap bulan ke dalam Mykad telah ditambahbaik dan diperluaskan kepada lebih ramai penerima bertujuan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan dalam mykad 100 setiap bulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG
BILAKAH TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024
Pengkreditan bantuan ke dalam Mykad sebanyak RM100 setiap bulan adalah mengikut tarikh seperti berikut :
TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD RM100 |
---|
22.01.2024 (Isnin) 01.02.2024 (Khamis) 01.03.2024 (Jumaat) 01.04.2024 (Isnin) 01.05.2024 (Rabu) 01.06.2024 (Sabtu) 01.07.2024 (Isnin) 01.08.2024 (Khamis) 01.09.2024 (Ahad) 01.10.2024 (Selasa) 01.11.2024 (Jumaat) 01.12.2024 (Ahad) |
BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN
Penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad seperti cara-cara berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan baki.
* Nota : Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.
BAGAIMANAKAH CARA MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN
Penerima yang disahkan layak akan dimaklumkan mengikut cara seperti berikut :
- Surat makluman:
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Sistem SMS:
- Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
- Semakan terus melalui portal rasmi :
- Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad RM100 setiap bulan seperti berikut :
- Sila layari laman semakan rasmi pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.