SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH RM1200 DALAM IC 2024 : CHECK SEKARANG
Penyaluran bantuan tunai ke dalam IC (Identity Card) masih diteruskan bagi tahun 2024. Kerajaan melihat perspektif yang positif daripada penerima pada tahun sebelum ini. Bantuan yang disalurkan menerusi IC penerima dapat memudahkan Kerajaan menyalurkan kepada penerima yang layak. Begitu juga dapat memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya secara efisyen.
Bagaimanakah semakan status bantuan mykasih rm1200 dalam ic? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 500 AWAL RAMADHAN : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH RM1200 DALAM IC 2024
Pengkreditan Bantuan MyKasih sebanyak RM1200 ke dalam IC penerima adalah seperti tarikh berikut :
PERKARA | TARIKH KREDIT |
---|---|
Pengkreditan Bantuan MyKasih sebanyak RM1,200 ke dalam IC penerima | Bermula 22 Januari 2024 sehingga 01 Disember 2024 |
KAEDAH MENGUNAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 DALAM IC 2024
Penerima boleh menggunakan Bantuan Mykasih yang disalurkan ke dalam IC mengikut kaedah seperti berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.)
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan baki.
*Nota : Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.
CARA MAKLUMAN PENERIMA YANG LAYAK BANTUAN MYKASIH RM1200 DALAM IC 2024
Penerima yang disahkan layak akan dimaklumkan seperti cara berikut :
- Surat makluman :
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Sistem SMS :
- Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
- Semakan terus melalui portal rasmi :
- Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH RM1200 DALAM IC 2024
Sekiranya anda tidak menerima apa-apa makluman, anda boleh membuat semakan status anda di pautan semakan status seperti di bawah berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]
Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.