SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Tujuan pemberian bantuan tunai oleh Kerajaan adalah untuk membantu mengangkat taraf ekonomi rakyat bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, malah rakyat di Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak tertinggal untuk menerima bantuan daripada Kerajaan sepanjang tahun 2024 ini.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 900 mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP B40 : CHECK STATUS SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 900
Adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SENARAI PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD 2024
Berikut merupakan senarai penerima bantuan tunai RM900 mengikut kategori :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM600 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM300 |
KAEDAH KREDIT BANTUAN 900 MYKAD
Bantuan sebanyak RM900 bukan disalurkan melalui Mykad, akan tetapi disalurkan mengikut kaedah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH KREDIT |
---|---|
Ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan |
Tiada akaun bank | Disalurkan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional |
TARIKH KREDIT BANTUAN 900 MYKAD 2024
Kerajaan telah mengumumkan tarikh kredit bantuan yang bernilai RM900 adalah seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Tarikh Bayaran 1 | 19 Februari 2024 |
Tarikh Bayaran 2 | 12 Ogos 2024 |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD 2024
Ikuti cara semakan kelayakan penerima Bantuan RM900 di laman rasmi semakan seperti berikut :
PAUTAN LAMAN RASMI SEMAKAN |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan laman rasmi semakan di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.