SEMAK PEMBAYARAN STR FASA 2 : SEMAKAN JUMLAH RASMI BAYARAN

SEMAK PEMBAYARAN STR FASA 2 : SEMAKAN JUMLAH RASMI BAYARAN

Pada tahun 2025, hampir 9 juta rakyat Malaysia dijangka menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) antara RM600 hingga RM2,500, bergantung kepada kelayakan masing-masing.

Bantuan ini akan diagihkan secara berfasa bagi meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah, individu bujang, dan warga emas tanpa pasangan.

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan, tarikh pembayaran, atau cara permohonan STR 2025?

BACA JUGA DI SINI : RASMI TARIKH TERBARU KEMASKINI STR 2025 : KEMASKINI ONLINE

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka pada tarikh seperti berikut :

PERKARA TARIKH BAYARAN
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa Kedua (2)
Bermula 3 April 2025

Nota : Namun jika terdapat sebarang perubah tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) yang terkini, akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

JUMLAH KESELURUHAN STR 2025

Berikut merupakan kadar keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR
2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM1,000
1 hingga 2 anak : RM1,500
3 hingga 4 anak : RM2,000
5 anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM500
1 hingga 2 anak : RM750
3 hingga 4 anak : RM1,000
5 anak ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada pasanganRM600
BujangRM600

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah berbeza bagi setiap penerima sedia ada dan baharu. Justeru itu, setiap penerima perlu membuat semakan status kelayakan bayaran Fasa kedua (2) di laman rasmi STR.

CARA BANTUAN STR DIBAYAR

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada penerima seperti berikut :

  1. PENERIMA ADA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan STR
  2. PENERIMA TIADA AKAUN BANK
    • Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk di Sabah dan Sarawak

SEMAK PEMBAYARAN STR FASA 2

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima bayaran STR fasa kedua seperti berikut :

Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN
  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment