SARAWAK PAY BANTUAN : SEMAK STATUS BAYARAN RM800/RM400/RM250

SARAWAK PAY BANTUAN : SEMAK STATUS BAYARAN RM800/RM400/RM250

Sebanyak RM464.5 juta akan disalurkan kepada 886,288 rakyat Sarawak yang layak menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pertama pada Februari ini.

Untuk mengetahui status kelayakan penerima bantuan SKAS Sarawak secara dalam talian, ikuti panduan dan penjelasan lengkap di bawah.

BACA JUGA DI SINI : BAYARAN FEBRUARI SKAS SARAWAK : SEMAK NAMA PENERIMA

JUMLAH BANTUAN SKAS ISI RUMAH,BUJANG & WARGA EMAS

  1. Isi Rumah: Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM800.
  2. Bujang: Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250.
  3. Warga Emas: Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM400.

TARIKH PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2025

Berikut tarikh permohonan bantuan SKAS SARAWAK dan tarikh tutup permohonan :

  1. Penerima Sedia Ada: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 secara automatik layak menerima SKAS.
  2. Permohonan Baharu: Individu yang tidak tersenarai dalam STR tetapi memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon mulai 1 Februari hingga 31 Mac 2025.

CARA DAFTAR SKAS SARAWAK

  1. Pendaftaran Sarawak ID:
  2. Permohonan Dalam Talian (Khas Untuk Permohonan Baharu):
    • Layari https://sarawak.gov.my.
    • Log masuk menggunakan Sarawak ID.
    • Isi borang permohonan SKAS dengan lengkap.
    • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
    • Hantar permohonan sebelum 31 Mac 2025.

SEMAKAN SARAWAK PAY BANTUAN

Semakan Dalam Talian:

Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah sebelum membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS Sarawak. Ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  3. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  4. Tekan butang [Check Eligibility].
  5. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  6. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  7. Klik butang [NEXT].
  8. Kemudian, klik [My Individual Account].
  9. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  10. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  11. Klik butang [Search].
  12. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

KAEDAH PEMBAYARAN SARAWAK PAY BANTUAN

Bantuan akan disalurkan melalui aplikasi e-dompet S PAY GLOBAL.

Langkah-langkah:

  1. Muat turun dan pasang aplikasi S PAY GLOBAL.
  2. Daftar akaun dan lengkapkan pengesahan identiti.
  3. Pastikan akaun aktif untuk menerima pembayaran.

TARIKH RASMI BAYARAN SKAS

  1. Pembayaran dijangka bermula pada suku pertama 2025 (Di antara bulan Januari sehingga Mac 2025.
  2. Tarikh tepat akan diumumkan melalui laman web rasmi Sarawak.
  3. SKAS akan dibayar bermula 18 Februari 2025 melalui e-dompet S PAY GLOBAL.
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat terkini, layari https://sarawak.gov.my.
Hubungi talian bantuan yang disediakan di laman web rasmi untuk sebarang pertanyaan.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan mengikuti panduan yang disediakan untuk memastikan permohonan diterima dan berjaya.

Leave a Comment