SEMAKAN STATUS BANTUAN AIDILFITRI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN AIDILFITRI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang beragama Islam yang telah mula membuat persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri. Namun, ada segelintir yang belum membuat sebarang persiapan. Sejajar dengan itu, Kerajaan negeri akan menyalurkan Bantuan Aidilfitri dalam bentuk tunai.

Bagimanakah semakan status bantuan aidilfitri? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 2 : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN AIDILFITRI

Kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa pemberian sumbangan Bantuan Khas Kewangan Aidilifitri (BKKA). Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meringankan beban rakyat serta membuat persiapan menjelang perayaan aidilfitri nanti.

BERAPAKAH KADAR BANTUAN AIDILFITRI 2024

Kadar Bantuan Aidilfitri bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :

KADAR BANTUAN AIDILFITRI 2024
Akan disalurkan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

BILAKAH TARIKH KREDIT BANTUAN AIDILFITRI 2024

Atas keprihatinan kerajaan, bantuan ini akan disalurkan pada pertengahan bulan Mac ini seperti tarikh berikut :

TARIKH KREDIT BANTUAN AIDILFITRI 2024
15 Mac 2024 secara berperingkat

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN AIDILFITRI 2024

Bantuan Aidilfitri ini akan diberikan kepada yang berkenaan sebagai tanda penghargaan seperti berikut :

  • Seluruh anggota perkhidmatan awam negeri :
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    • Badan Berkanun;
    • Anak Syarikat Kerajaan Negeri;
    • Penyelia dan Guru Kelas (KAFA);
    • Guru Sekolah Rendah (SRAR);
    • Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);
    • Kakitangan SRAR dan SMAR; dan
    • Sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

*Nota : Semua adalah tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing.

SEMAKAN STATUS BANTUAN AIDILFITRI 2024

Perkara ini telah diumumkan oleh ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow baru-baru ini. Sila semak melalui portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang; atau klik pautan di sini : https://jkn.penang.gov.my/index.php/ms/.
  2. Seterusnya, pada halaman utama portal sila klik pada [PERATURAN BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2024 (BKKA) KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI].
  3. Klik pada [PDF New].
  4. Sila baca dengan teliti pada surat yang dipaparkan.
  5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://carianterbaru.com/bantuan-khas-aidilfitri-rm1200-dibayar-pada-15-mac-2024/.

Leave a Comment