MyKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : PANDUAN PERMOHONAN
Dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, ramai rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas harian. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan MyKasih 2025, satu inisiatif bantuan dalam bentuk kredit tanpa tunai bagi membantu isi rumah yang memerlukan. Program ini memastikan penerima dapat membeli barangan keperluan di kedai runcit dan pasar raya terpilih tanpa bebanan kewangan yang tinggi.
Baca Juga :
APA ITU MyKASIH 2025?
MyKasih 2025 merupakan program bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima bagi pembelian barang dapur di kedai runcit dan pasar raya terpilih.
Dengan program ini, kerajaan bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan isi rumah serta memastikan mereka yang layak mendapat bantuan secara lebih sistematik.
JUMLAH BANTUAN & KAYEGORI PENERIMA
Bantuan MyKasih 2025 diberikan berdasarkan kategori berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN BULANAN | TEMPOH BANTUAN | JUMLAH SETAHUN |
---|---|---|---|
Isi Rumah (eKasih) | RM100 | 12 Bulan | RM1,200 |
Bujang (eKasih) | RM50 | 12 Bulan | RM600 |
Isi Rumah (Penerima STR) | RM100 | 9 Bulan | RM900 |
Bujang (Penerima STR) | RM50 | 9 Bulan | RM450 |
Penerima boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, susu, tepung, dan lain-lain di kedai yang mengambil bahagian dalam program MyKasih.
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MyKASIH 2025
Anda boleh menyemak status kelayakan MyKasih 2025 melalui dua kaedah utama :
- Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih
- Layari https://www.mykasih.com.my/
- Klik pada bahagian “Semak Status”
- Masukkan Nombor MyKad dan Kod Keselamatan (Captcha)
- Klik “Semak” dan status kelayakan anda akan dipaparkan
- Semakan Melalui Portal STR
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan Nombor MyKad dan Kata Laluan
- Pilih menu “Semakan Status”
- Status kelayakan bantuan anda akan dipaparkan
- Jika anda tidak layak, anda boleh mengemukakan rayuan melalui portal rasmi yang disediakan.
TARIKH PERMBAYARAN BANTUAN MyKASIH 2025
Pembayaran MyKasih 2025 akan dibuat secara berperingkat mengikut kategori penerima :
- Penerima eKasih : Bermula Januari 2025 (12 bulan)
- Penerima STR (bukan eKasih) : Bermula April 2025 (9 bulan)
Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima secara automatik.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MyKASIH
- Pergi ke kedai atau pasar raya terpilih yang menerima MyKasih.
- Pilih barang keperluan asas yang dibenarkan.
- Beritahu juruwang bahawa anda ingin menggunakan MyKad sebagai pembayaran.
- Masukkan MyKad ke terminal pembayaran.
- Masukkan PIN 6 digit untuk mengesahkan transaksi.
- Pembayaran selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MyKASIH 2025
- Adakah bantuan ini diberikan dalam bentuk wang tunai?
- Tidak. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
- Bagaimana jika MyKad saya tidak boleh digunakan?
- Pastikan MyKad anda aktif dan sah.
- Cuba di kedai lain yang menerima MyKasih.
- Hubungi talian bantuan MyKasih untuk bantuan lanjut.
- Bolehkah saya memohon jika nama saya tidak tersenarai sebagai penerima?
- Ya, anda boleh membuat rayuan melalui portal STR atau menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Bagaimana saya boleh mengetahui senarai kedai yang menerima MyKasih?
- Anda boleh menyemak senarai kedai runcit dan pasar raya yang menyertai program ini di portal rasmi MyKasih atau aplikasi MyKasih.
KESIMPULAN
MyKasih 2025 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan dalam mendapatkan barangan keperluan asas. Jika anda layak, pastikan anda menyemak status kelayakan dan menggunakan bantuan ini dengan bijak untuk kesejahteraan keluarga anda.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline : (603) 7720 1888
- E-mel : [email protected]