JADUAL BAYARAN SARA 2025 : TARIKH & JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

JADUAL BAYARAN SARA 2025 : TARIKH & JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam mendapatkan keperluan asas harian. Program ini disalurkan kepada penerima yang layak melalui sistem MyKasih dan dikreditkan ke MyKad mereka setiap bulan.  Dalam artikel ini, kami akan kongsikan jadual bayaran SARA 2025 serta jumlah bantuan yang diterima mengikut kategori penerima.

Baca Juga : BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025?

SARA 2025 adalah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), khususnya golongan miskin tegar dan B40. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai runcit serta pasar raya terpilih di bawah program MyKasih.

JUMLAH BAYARAN SARA 2025 MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bantuan SARA yang diterima oleh penerima adalah bergantung kepada kategori masing-masing :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN TAHUNANKADAR BAYARAN BULANAN
Isi Rumah (Miskin Tegar)RM2,100RM100 (Jan-Mac)
RM200 (Apr-Dis)
Isi Rumah (Selain Miskin Tegar)RM900RM100 (Apr-Dis)
Warga Emas Tiada Pasangan (Selain Miskin Tegar)RM1,650RM100 (Jan-Mac)
RM150 (Apr-Dis)
Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin Tegar)RM450RM50 (Apr-Dis)
Bujang (Miskin Tegar)RM600RM50 (Jan-Dis)

JADUAL BAYARAN SARA 2025

Bayaran SARA 2025 akan disalurkan mengikut jadual berikut : 

BULANISI RUMAH
(Miskin Tegar)
ISI RUMAHWARGA EMAS (Miskin Tegar)WARGA EMASBUJANG (Miskin Tegar)
JanuariRM100RM100RM50
FebuariRM100RM100RM50
MacRM100RM100RM50
AprilRM200RM100RM150RM50RM50
MeiRM200RM100RM150RM50RM50
JunRM200RM100RM150RM50RM50
JulaiRM200RM100RM150RM50RM50
OgosRM200RM100RM150RM50RM50
SeptemberRM200RM100RM150RM50RM50
OktoberRM200RM100RM150RM50RM50
NovemberRM200RM100RM150RM50RM50
DisemberRM200RM100RM150RM50RM50

CARA SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2025

Penerima boleh menyemak kelayakan mereka melalui kaedah berikut : 

  1. Surat Pemaklumam : Penerima akan menerima surat rasmi daripada pihak berwajib mengenai kelayakan mereka.
  2. Sistem SMS/Whatsapp : Mykasih akan menghantar mesej pemberitahuan kepada penerima yang layak.
  3. Portal Rasmi :

KAEDAH PENYALURAN BAYARAN SARA 2025

Pembayaran SARA tidak diberikan dalam bentuk wang tunai tetapi dikreditkan ke MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit atau pasar raya yang terpilih.  Antara pasar raya dan kedai runcit yang menerima SARA 2025 ialah : 

  • Mydin 
  • Giant 
  • Econsave 
  • 99 Speedmart 
  • Kedai runcit berdaftar di bawah MyKasih 

KESIMPULAN

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah satu inisiatif yang sangat membantu golongan berpendapatan rendah dalam mendapatkan barangan keperluan asas setiap bulan. Dengan bantuan yang disalurkan melalui MyKad, penerima boleh menikmati pembelian barangan keperluan tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.  Jika anda layak menerima SARA 2025, pastikan anda menyemak kelayakan anda dan memanfaatkan bantuan ini sebaik mungkin.Semoga perkongsian ini membantu! Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan maklumat mengenai Jadual Bayaran SARA 2025.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment