STR SEMAKAN 2025 : BILA STR FASA 2 MASUK BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Program bantuan ini diberikan secara berperingkat sepanjang tahun dan diagihkan mengikut kategori serta kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
STR bertujuan memastikan golongan yang benar-benar memerlukan, seperti keluarga berpendapatan rendah, warga emas, serta golongan rentan, mendapat sokongan kewangan bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
Dengan adanya bantuan ini, penerima dapat menggunakan dana tersebut untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan anak-anak, serta perbelanjaan kesihatan.
Di samping itu, inisiatif ini juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat serta memastikan kesejahteraan mereka dalam situasi ekonomi yang mencabar.
Melalui pemberian bantuan secara berkala, diharapkan rakyat yang layak dapat menikmati sedikit kelegaan dalam pengurusan kewangan mereka, sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
BACA JUGA DI SINI : RASMI TARIKH TERBARU KEMASKINI STR 2025 : KEMASKINI ONLINE
BILA STR FASA 2 MASUK BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka pada tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) | Bermula 3 April 2025 |
Nota : Namun jika terdapat sebarang perubah tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) yang terkini, akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
Berikut merupakan kadar keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA DAN KADAR BAYARAN STR 2025
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500
- Tiada anak : RM1,000
- 1 hingga 2 anak : RM1,500
- 3 hingga 4 anak : RM2,000
- 5 anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000
- Tiada anak : RM500
- 1 hingga 2 anak : RM750
- 3 hingga 4 anak : RM1,000
- 5 anak ke atas : RM1,250
- Warga Emas Tiada pasangan RM600
- Bujang RM600
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah berbeza bagi setiap penerima sedia ada dan baharu. Justeru itu, setiap penerima perlu membuat semakan status kelayakan bayaran Fasa kedua (2) di laman rasmi STR.
BAGAIMANA BAYARAN STR FASA 2 DIKREDITKAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada penerima seperti berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank
yang didaftarkan semasa permohonan STR
PENERIMA TIADA AKAUN BANK
Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk di Sabah dan Sarawak
STR SEMAKAN 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima bayaran STR fasa kedua seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.