PORTAL RASMI STR 2025 : TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 2 SUKU TAHUN KEDUA 2025
Mulai 1 Mac 2025, portal STR telah mengimplementasikan penggunaan Identiti Digital Malaysia (MyDigital ID) untuk tujuan semakan dan permohonan baharu.
Maklumat lanjut mengenai penggunaan MyDigital ID boleh didapati di sini.
Melalui portal ini, anda boleh membuat permohonan baharu, mengemas kini maklumat, dan menyemak status permohonan STR anda.
BACA JUGA DI SINI : MYSTR SEMAKAN 2025 FASA 2 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
PENGGUNAAN MYDIGITAL ID DI PORTAL SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan Identiti Digital Malaysia (MyDigital ID) bagi semakan dan permohonan baharu STR mulai 1 Mac 2025.
Langkah ini diambil selaras dengan pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia semasa Belanjawan 2025 mengenai kelebihan MyDigital
ID sebagai pemudah cara utama dalam urusan digital rakyat dan berfungsi sebagai
paksi kepada transformasi digital negara.
MyDigital ID merupakan identiti tunggal rakyat Malaysia dalam mengakses sistem-sistem yang disediakan oleh agensi kerajaan.
Seiring pengenalan tersebut, HASiL mula menggunakan MyDigital ID sebagai pilihan Single Sign On (SSO) untuk Sistem Percukaian MyTax HASiL (MyTax) dan Sistem Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR).
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 2 SUKU TAHUN KEDUA 2025
- Dijadualkan bermula pada 3 APRIL 2025.
- Pembayaran ini disasarkan kepada penerima sedia ada yang telah berdaftar atau memperbaharui maklumat dalam sistem STR.
- Tarikh bayaran ini juga belum lagi diumumkan secara rasmi tetapi jangkaan tarikh pembayaran str 2025 untuk fasa 2 adalah didalam tempoh suku tahun pertama 2025 dimana bermula dari bulan April-Jun 2025.
BUAT SEMAKAN DI PORTAL RASMI STR 2025
Untuk membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Semakan Secara Online
- Anda boleh membuat semakan status STR melalui PORTAL RASMI STR 2025 LHDN:
- Laman Web Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Langkah-langkah:
- Lawati laman web rasmi.
- Klik pada pautan “Semakan Status” di bahagian menu utama.
- Masukkan maklumat berikut:
- Nombor Kad Pengenalan (MyKad).
- Kata laluan (jika anda pernah mendaftar).
- Tekan butang “Log Masuk” dan semak status anda.
- Nota: Jika belum pernah mendaftar akaun, klik “Daftar Akaun Baharu” dan ikuti arahan yang diberikan.
JUMLAH AGIHAN MENGIKUT KATEGORI
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan ≤ RM2,500
- Tiada Anak: RM1,000
- 1-2 Anak: RM1,500
- 3-4 Anak: RM2,000
- 5 Anak atau Lebih: RM2,500
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,501 – RM5,000
- Tiada Anak: RM500
- 1-2 Anak: RM750
- 3-4 Anak: RM1,000
- 5 Anak atau Lebih: RM1,250
Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (Berumur 60 Tahun dan Ke Atas)
- Pendapatan Bulanan ≤ RM5,000: RM600
Bujang (Berumur 21-59 Tahun)
- Pendapatan Bulanan ≤ RM2,500: RM350
BANTUAN TAMBAHAN MELALUI MYKASIH
Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai tambahan kepada STR:
- Isi Rumah Berpendapatan ≤ RM2,500: Tambahan RM600
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000: Tambahan RM300
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan: Tambahan RM150
- Bujang (21-59 Tahun): Tambahan RM150
Jumlah keseluruhan bantuan yang diterima adalah berdasarkan kelayakan setiap kategori penerima. Untuk maklumat lanjut dan pengesahan terkini, sila rujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
RUJUKAN PEMBAYARAN MENGIKUT SUKU TAHUN 2025
Dalam setahun terdapat empat suku (quarter), di mana setiap suku terdiri daripada tiga bulan. Berikut adalah pembahagiannya:
- Suku Pertama (Q1): Januari, Februari, Mac
- Suku Kedua (Q2): April, Mei, Jun
- Suku Ketiga (Q3): Julai, Ogos, September
- Suku Keempat (Q4): Oktober, November, Disember
Setiap suku merangkumi tiga bulan dan digunakan secara meluas dalam laporan kewangan, perancangan perniagaan, dan analisis ekonomi.
JADUAL PEMBAYARAN MENGIKUT SUKU TAHUN 2025
Pembayaran bantuan STR 2025 akan dilakukan dalam beberapa fasa sepanjang tahun ini. Berikut adalah anggaran tarikh pembayaran mengikut fasa yang telah ditetapkan:
- Fasa 1: Januari atau Februari
- Fasa 2: April
- Fasa 3: Ogos
- Fasa 4: November
Perlu diingat bahawa tarikh ini adalah anggaran dan mungkin tertakluk kepada perubahan, bergantung kepada keputusan pihak berkuasa. Pembayaran bagi setiap fasa akan disalurkan mengikut jadual yang diumumkan.
TALIAN BANTUAN
Hubungi talian bantuan LHDN untuk pertanyaan:
Berikut adalah nombor yang boleh dihubungi:
Hotline LHDN: 03-8911 1000 (di dalam Malaysia) atau +603-8911 1000 (di luar negara).
Aduan dan Pertanyaan: 1-800-88-5436 (untuk pertanyaan umum).
Talian LHDN: 1-800-88-2747
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf