SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan rakyat Malaysia, Kerajaan negeri akan menyalurkan Bantuan Kehidupan Sejahtera sebanyak RM300 setiap bulan kepada 30,000 penerima setiap tahun untuk menyemarakkan kecekalan rakyat supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan kehidupan sejahtera rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA : DAFTAR SEKARANG

CARA PENERIMAAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024

Setiap penerima yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan serta disahkan layak oleh Kerajaan akan menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera yang bernilai sebanyak RM300 setiap bulan melalui aplikasi SELANGKAH yang juga merupakan aplikasi e-Wallet.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera sebanyak RM300 :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024

Berikut merupakan kelebihan yang bakal diterima penerima sekiranya layak :

  1. Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  3. RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  5. Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024

Sekiranya pemohon telah mendaftar melalui online dalam laman rasmi mahupun aplikasi, pemohon boleh membuat semakan penerima yang layak menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera di pautan rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Semakan Penerima
Bantuan Kehidupan Sejahtera
https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#
  1. Sila klik pada pautan semakan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment