CARA SEMAK SARA 2025 BAKI DALAM MYKAD : SEMAK SECARA ONLINE BAKI SARA 2025

CARA SEMAK SARA 2025 BAKI DALAM MYKAD : SEMAK SECARA ONLINE BAKI SARA 2025

Seramai 5.4 juta penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bantuan sehingga RM2,100 sepanjang tahun ini, bermula 1 April.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan MADANI telah memperluaskan pelaksanaan SARA dengan peningkatan hampir lapan kali ganda daripada 700,000 penerima sebelum ini.

Bantuan ini meningkat 75 peratus berbanding tahun lalu, di mana penerima layak akan menerima sehingga RM2,100 pada 2024, berbanding RM1,200 sebelumnya.

Bayaran SARA akan dikreditkan setiap bulan ke MyKad penerima di seluruh negara, termasuk di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

BACA JUGA DI SINI : CARA SEMAK SARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN TAHUN 2025

SYARAT PENERIMA SARA 2025

Individu yang layak menerima bantuan SARA mestilah memenuhi syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan
  4. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin dalam data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024
  5. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan yang bukan dalam kategori Miskin atau Miskin Tegar eKasih

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima adalah seperti berikut:

Kategori Penerima STR 2025 (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih)

  • Isi Rumah: RM2,100
    • RM100/bulan (Januari – Mac)
    • RM200/bulan (April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM1,650
    • RM100/bulan (Januari – Mac)
    • RM150/bulan (April – Disember)
  • Bujang: RM600
    • RM50/bulan (Januari – Disember)

Kategori Penerima STR 2025 (Bukan eKasih)

  • Isi Rumah: RM900
    • RM100/bulan (April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan:
    • RM450 Setahun
    • RM50/bulan (April – Disember)

CARA SARA 2025 DIBAYAR

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

SENARAI KATEGORI BARANG KEPERLUAN BANTUAN ASAS SARA

Penerima boleh melakukan pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  9. Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  10. Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  11. Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  12. Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  13. Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MYSARA 2025

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
  5. Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CARA SEMAK SARA 2025 BAKI DALAM MYKAD

Penerima Bantuan Asas SARA 2025 boleh menyemak baki duit yang dikreditkan ke dalam MyKad melalui tiga kaedah berikut:

Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN
  1. Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
    • Muat turun dan pasang aplikasi Touch ‘n Go eWallet di telefon pintar (Android/iOS).
    • Buka aplikasi dan log masuk ke akaun anda.
    • Pilih menu “TNG Card” atau “Check Balance” untuk melihat baki yang tersedia dalam MyKad.
  2. Menggunakan Mesin Kiosk Touch ‘n Go
    • Pergi ke mana-mana kiosk Touch ‘n Go yang tersedia di pusat membeli-belah, stesen pengangkutan awam, atau lokasi tertentu.
    • Masukkan MyKad ke dalam mesin kiosk Touch ‘n Go.
    • Ikuti arahan di skrin untuk menyemak baki yang tersedia.
  3. Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka
    • Lawati stesen minyak atau kedai serbaneka yang menyediakan perkhidmatan semakan baki Touch ‘n Go.
    • Serahkan MyKad kepada juruwang atau gunakan mesin tambah nilai yang disediakan.
    • Baki dalam MyKad akan dipaparkan di skrin mesin atau dimaklumkan oleh juruwang.

NOTA : Pastikan MyKad anda mempunyai fungsi Touch ‘n Go yang aktif untuk membolehkan semakan baki dilakukan melalui kaedah di atas.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment