SEMAKAN SARA 2025 ONLINE : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD
Bantuan SARA merupakan program bantuan tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas diperluas diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dengan peningkatan bayaran sehingga RM200 sebulan untuk tahun 2025.
SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Bagaimanakah cara check status MySARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca Juga : SEMAKAN STR FASA 2 KATEGORI BUJANG
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada :
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
- SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
CARA AGIHAN SARA 2025
Bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan, Kerajaan MADANI mengagihkan Bantuan SARA secara tanpa tunai (cashless) menerusi pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima secara automatik setiap bulan.
Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
SEMAKAN STATUS SARA ONLINE 2025
Untuk mengetahui status penerima layak atau tidak Bantuan SARA, semakan status boleh dilakukan melalui dua (2) portal rasmi, iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi STR
Ikuti kedua-dua panduan cara semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui‘, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Berikut merupakan jumlah/kadar agihan sara 2025 :
- Isi Rumah (STR & eKasih) : RM2,100
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) : RM1,650
- Bujang (STR & eKasih) : RM600
- Isi Rumah (STR sahaja) : RM900
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) : RM450
SENARAI KATEGORI BARANGAN ASAS SARA
Berikut ialah senarai penuh 13 jenis barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih 2025 :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin (contoh : sardin, kacang panggang, tuna)
- Rempah dan perencah masakan (contoh : serbuk kari, garam, gula, kunyit)
- Produk Kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan Sekolah
Nota penting :
- Pembelian hanya boleh dilakukan di pasaraya dan kedai runcit terpilih yang menerima pembayaran melalui program MyKasih.
- Bantuan tidak boleh digunakan untuk barangan mewah, rokok, alkohol atau produk tidak tersenarai.
- Senarai ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut dasar kerajaan dan pihak MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1800
- Emel : info@mykasih.com.my
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.