ADA BAKI DALAM MYKAD ? INI CARA SEMAK BAKI DALAM MYKAD
Ramai rakyat Malaysia masih belum sedar bahawa MyKad bukan sekadar kad pengenalan.Ia juga boleh digunakan untuk menyimpan wang, membuat pembelian, dan menerima bantuan kerajaan seperti MyKasih dan SARA. Semua ini boleh dilakukan hanya dengan menggunakan IC anda!
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan langkah demi langkah untuk menyemak baki dalam MyKad secara dalam talian, termasuk cara untuk menambah nilai, lokasi membeli barang menggunakan IC, serta panduan tuntutan sekiranya MyKad hilang atau rosak.
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN MYKAD 2025 : JADUAL BAYARAN SEHINGGA HUJUNG TAHUN 2025
KEGUNAAN MYKAD YANG ANDA PERLU TAHU
Bayar Tol & Pengangkutan Awam: MyKad dilengkapi cip Touch ‘n Go terbina dalam.
- Pembayaran Tanpa Tunai: Digunakan beli barang keperluan di kedai dan pasar raya terpilih.
- Bantuan Kerajaan: Bantuan seperti MyKasih dan SARA dikreditkan terus ke dalam MyKad.
- Urusan Rasmi: Untuk kesihatan, cukai, JPJ dan banyak lagi.
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN
BAGAIMANA SEMAK KELAYAKAN TERIMA BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD
Kerajaan Malaysia kini memudahkan penerima bantuan melalui MyKAD dengan sistem MyKasih. Ikuti langkah-langkah ini:
Semak Kelayakan
- Layari portal MyKasih atau aplikasi MyKasih.
- Masukkan nombor MyKAD dan maklumat asas.
- Klik “Semak Status” untuk pengesahan.
Aktivasi MyKAD (Jika Lulus)
- Bantuan akan dikreditkan terus ke cip MyKAD anda.
- Pergi ke kaunter MyKasih terdekat atau mesin kiosk untuk pengaktifan pertama kali.
Cara Guna Di Merchant
- Pilih merchant berdaftar (pasar raya, farmasi, kedai runcit).
- Bayar dengan MyKAD:
- Letakkan MyKAD pada terminal EFT/POS.
- Masukkan PIN (jika diminta).
- Bantuan akan ditolak automatik daripada baki anda
JUMLAH DUIT YANG ADA DALAM MYKAD MENGIKUT KATEGORI
- MISKIN TEGAR : RM200 SEBULAN
- GOLONGAN MISKIN : RM100 SEBULAN
- BUJANG BERDAFTAR EKASIH : RM50 SEBULAN
INI CARA SEMAK BAKI DALAM MYKAD
Untuk semak baki Touch ‘n Go dalam MyKad, anda boleh guna salah satu cara berikut:
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet
- Log masuk dan tekan “TNG Card”
- Tambah kad baru, masukkan nombor siri MyKad
- Baki akan dipaparkan serta-merta
Kiosk Touch ‘n Go
- Kiosk boleh didapati di stesen LRT, MRT dan pusat beli-belah
- Letakkan MyKad di atas pengimbas
- Baki akan muncul di skrin
Mesin Tambah Nilai (Top-Up)
- Disediakan di 7-Eleven, Petronas dan Shell terpilih
- Semak baki dan topup terus melalui mesin
BAGAIMANA JIKA MYKAD ROSAK ATAU HILANG
Jika MyKad anda hilang atau rosak, anda boleh buat tuntutan balik melalui portal eGUMIS.
Langkah Tuntutan:
- Layari laman web eGUMIS
- Daftar dan log masuk
- Masukkan nombor MyKad anda
- Isi maklumat bank dan muat naik dokumen sokongan
- Hantar permohonan dan tunggu proses bayaran ke akaun bank
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Tujuan Kandungan:
- Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan kerajaan sebagai rujukan umum berdasarkan sumber rasmi. Kandungan ini bertujuan:
- Memudahkan capaian maklumat tepat kepada orang awam
- Menyebarkan informasi terkini tentang inisiatif kerajaan
- Membantu pengguna membuat carian lanjut
Sumber Maklumat:
- Semua kandungan disusun berdasarkan:
- Laman web rasmi kerajaan (mykasih.com.my)
- Pengumuman menteri/agensi berkaitan
- Data daripada portal bantuan rasmi