BANTUAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS DAN JADUAL BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Bantuan STR diteruskan dengan pembayaran Fasa 3 yang dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia. Bantuan ini disalurkan untuk meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40, termasuk isi rumah, warga emas, serta individu bujang.

Berikut adalah lebih lanjut tentang bantuan STR fasa 3.
Baca Juga : SEMAKAN SARA 2025 ONLINE
Kategori Penerima STR Fasa 3
Berikut adalah kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025 yang ditetapkan :
- Isi Rumah :
- Berkahwin (Ada atau Tiada Anak)
- Ibu Bapa Tunggal/ Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
- Warga Emas :
- Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak
- Berumur 60 Tahun dan ke atas
- Bujang :
- Berumur 21 hingga 59 tahun
- Bujang (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
Jumlah Bayaran STR 2025
Jumlah bayaran STR adalah berdasarkan kategori penerima dan pendapatan. Berikut adalah perincian jumlah bayaran :
- Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah)
- Tiada Anak : RM1,000
- 1-2 Anak : RM1,500
- 3-4 Anak : RM2,000
- 5 Anak atau lebih : RM2,500
- Isi Rumah (Pendapatan RM2,501-RM5,000)
- Tiada Anak : RM500
- 1-2 Anak : RM750
- 3-4 Anak : RM1,000
- 5 Anak atau lebih : RM1,250
- Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan RM5,000 ke bawah)
- RM600
- Bujang (Pendapatan RM2,500 ke bawah)
- RM600
Semakan Status STR Fasa 3
Semakan status pembayaran boleh dibuat dengan langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Tekan butang “Log Masuk“
- Masukkan kata kunci keselamatan
- Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
- Klik “Maklumat Bayaran” untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.
Berikut contoh paparan


Tarikh & Kadar Bayaran STR Fasa 3
Jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : 24 Mac 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Tiga (3) dijangka Ogos 2025 dan berperingkat. Namun bagaimanapun, pihak kerajaan masih belum mengumumkannya secara rasmi.
NOTA : Tarikh di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan daripada kerajaan
Kadar / Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Jumlah bantuan untuk Fasa 3 berbeza mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah Miskin Tegar (5 anak) : RM700 – RM1,200
- Isi Rumah Biasa : RM300 – RM600
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM200 – RM300
- Bujang : RM100 – RM150
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 03-8882 4565
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat
1 thought on “BANTUAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS DAN JADUAL BAYARAN”