SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 – PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM300 SEBULAN)

SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 – PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM300 SEBULAN)

Bantuan SYUKUR 2025 atau Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat iaitu pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu (1) tahun.

Antara maklamat utama bantuan SYUKUR adalah :

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.
SYUKUR SABAH 2025

Baca Juga : BANTUAN STR FASA 3 (SEMAKAN STATUS DAN JADUAL BAYARAN)

Syarat Kelayakan Bantuan SYUKUR Sabah 2025

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan SYUKUR Sabah 2025 :

  • Kriteria Asas
    • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H
  • Serta memenuhi salah satu kriteria berikut :
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Tarikh & Kadar Bayaran Bantuan SYUKUR SABAH 2025

Bayaran SYUKUR Sabah 2025 akan diagihkan secara berpetingkat bermula 19 Februari 2025. Berikut adalah jadual lengkap fasa pembayaran bantuan sepanjang tahun ini :

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH 2025
TARIKH BAYARAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT 2025

Nota :

  • Penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pengkalan data eKasih setakat 31 Desember 2024.
  • Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025. Agihan bagi penerima yang layak bermula pada Mei 2025.

Kadar Bantuan SYUKUR Sabah 2025

Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM300 sebulan. Amaun yang akan diterima adalah secara berfasa seperti jadual berikut :

Fasa Amaun BantuanAgihan Bermula
Fasa 1
Januari – Mac
RM900Februari
Fasa 2
April – Jun
RM900April
Fasa 3
Julai – September
RM900Ogos
Fasa 4
Oktober – Disember
RM900Oktober

Keadah Pembayaran Bantuan SYUKUR SABAH 2025

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut :

  • Disalurkan terus ke akaun penerima
  • Bayaran diberikan secara tunai
  • Dikreditkan dalam e-Wallet YONO

Cara Semakan SYUKUR Sabah 2025

Semakan boleh dilakukan melalui :

  • Portal Rasmi Syukur Sabah
    • Layari portal rasmi : https://syukur.sabah.gov.my/
    • Klik pada button “Semak” di Semakan Permohonan.
    • Masukkan No. Kad Pengenalan diri dan klik “Semak”.
    • Paparan layar anda akan menunjukkan sama ada Status “Layak” atau “Tidak Layak”.
SEMAKAN BANTUAN SYUKUR 2025

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem PADANS Sabah dan YONO Superapp, iaitu merupakan aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah untuk memudahkan urusan kewangan.

Muat turun aplikasi YONO :

Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah . Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Info

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment