SEMAKAN STR 2025 FASA 3 : SEMAK JADUAL BAYARAN TERKINI

SEMAKAN STR 2025 FASA 3 : SEMAK JADUAL BAYARAN TERKINI

Kerajaan Malaysia Madani begitu mengambil berat tentang isu kenaikan taraf hidup rakyat kini.Dengan adanya bantuan Sumbangan Tunai Rahmah sedikit sebanyak dapat membantu rakyat untuk meneruskan hari-hari yang mencabar.

Sehingga kini,bayaran STR telah pun dibuat sehingga fasa 2 dimana bantuan tunai telah dikreditkan kepada penerima sebelum Hari Raya Aidifitri tempoh hari.Justeru itu bayaran tunai akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.

Berikut semakan str 2025 fasa 3,semakan jadual bayaran terkini :

BACA JUGA DI SINI : RAWATAN PERCUMA SEHINGGA RM5,000 : MOHON SEKARANG!

JADUAL BAYARAN STR FASA 3 2025

Di sini kami sediakan satu jangka masa bayaran str fasa 3 untuk tahun 2025 :

FASA BAYARANTARIKH JANGKAAN BAYARAN
FASA 3OGOS 2025

JOM BUAT SEMAKAN STR 2025 FASA 3 DI SINI

Di sini kami sediakan langkah mudah untuk penerima bantuan membuat semakan :

  1. Pertama,penerima haruslah layari laman utama portal Sumbangan Tunai Rahmah.Di sini kami sediakan link portal tersebut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Selepas itu,klik di ruangan LOG MASUK
    • Isi nombor kad pengenalan
  3. Tekan SEMAK
  4. Pastikan kata kunci keselamatan anda betul
  5. Tekan YA
  6. Masukkan KATA LALUAN
  7. Selepas itu klik SEMAKAN PERMOHONAN
  8. Dilaman semakan permohonan akan tertera jumlah bayaran yang diluluskan dan juga tarikh bayaran dikreditkan.
  9. Selesai.

KETAHUI JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 MEGIKUT KATEGORI

Jumlah bayaran STR adalah berdasarkan kategori penerima dan pendapatan. Berikut adalah perincian jumlah bayaran :

  1. Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah)
    • Tiada Anak : RM1,000
    • 1-2 Anak : RM1,500
    • 3-4 Anak : RM2,000
    • 5 Anak atau lebih : RM2,500
  2. Isi Rumah (Pendapatan RM2,501-RM5,000)
    • Tiada Anak : RM500
    • 1-2 Anak : RM750
    • 3-4 Anak : RM1,000
    • 5 Anak atau lebih : RM1,250
  3. Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan RM5,000 ke bawah)
    • RM600
  4. Bujang (Pendapatan RM2,500 ke bawah)
    • RM600

BAYARAN TUNAI STR FASA 3 2025

Jumlah bantuan untuk Fasa 3 berbeza mengikut kategori penerima :

  1. Isi Rumah Miskin Tegar (5 anak) : RM700 – RM1,200
  2. Isi Rumah Biasa : RM300 – RM600
  3. Warga Emas Tiada Pasangan : RM200 – RM300
  4. Bujang : RM100 – RM150

NOTIS PERINGATAN DARIPADA PIHAK LHDN

  • LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 secara bergerak melalui Pegawai LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
  • MOF / LHDNM menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di media sosial. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai STR menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi.
  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
  • !!! Waspada Dengan Scammer. Berhati-Hati Dan Jangan Terpedaya

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Hotline : 03-8882 4565
Emel : [email protected]

Leave a Comment