(RASMI) SENARAI BARANG BANTUAN MYKASIH RM100 SEMAK SEKARANG JUGA!
Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus membantu meringankan beban penerima, dengan bantuan tunai dikreditkan melalui MyKad pada setiap bulan.
Kini, MyKasih mempunyai lebih 1,200 kedai dan pasaraya yang terpilih di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Disini kami akan kongsikan senarai barangan keperluan asas MyKasih dan cara menggunakannya.

Baca Juga : Bantuan Budi Madani Rm200 (Semakan Status Dan Cara Permohonan)
Jumlah Bantuan MyKasih SARA 2025
Berikut merupakan jumlah agihan bantuan sara 2025 :
Kategori Penerima STR 2025 | Penerima STR 2025 Berstatus Miskin dan Miskin Tegar | Penerima STR 2025 Selain Miskin dan Miskin Tegar |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 RM100/Bulan (Januari – Mac) RM200/Bulan (April – Disember) | RM900 RM100/Bulan (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 RM100/Bulan (Januari – Mac) RM150/Bulan (April – Disember) | RM450 RM50/Bulan (April – Disember) |
Bujang (21-59 Tahun) | RM600 RM50/Bulan (Januari – Disember) | – |
Senarai Barang MyKasih 2025
Berikut 13 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

Panduan Menggunakan Bantuan MyKasih
Kaedah menggunakan bantuan Mykad untuk pembelian adalah seperti berikut :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Mykasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar no pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada no pin yang baharu
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan no pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
Cara Semakan Baki Bantuan MyKasih
Semakan baki bantuan MyKad boleh disemak melalui kaedah berikut :
- Semakan melalui Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Semakan melalui aplikasi MyKasih : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1800
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.