SPM RECHECK ONLINE : TARIKH PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM
Kepada calon spm 2024 keputusan SPM 2024/2025 boleh mula disemak secara online menerusi laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di myresultspm.moe.gov.my, bermula 24 April 2025 jam 10:00 pagi hingga 30 April 2025 jam 6:00 petang.
Semakan sangat mudah dan cepat boleh dibuat terus dari laman web. Jom ikut langkah-langkah di bawah untuk mulakan semakan!
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN PLKN SIRI 3 2025 : SEMAKAN SECARA ONLINE
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2024
Untuk pengetahuan calon, calon boleh membuat semakan keputusan SPM melalui beberapa kaedah yang disediakn seperti berikut:
- SEMAKAN DI SEKOLAH
- Bagi calon yang menghadapi kesukaran untuk mengakses semakan dalam talian, mereka boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing atau di sekolah berhampiran.
- SEMAKAN SECARA DALAM TALIAN
- Calon digalakkan menyemak keputusan mereka secara atas talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my bermula dari 24 April 2025 jam 10:00 pagi hingga 30 April 2025 jam 6:00 petang.
- Semakan ini boleh dilakukan oleh calon sekolah dan juga calon persendirian untuk mendapatkan slip keputusan rasmi SPM 2024/2025.
- SEMAKAN MELALUI PESANAN RINGKAS SMS
- Calon juga boleh menyemak ringkasan keputusan SPM 2024 melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip:
- SPMNoKPAngkaGiliran dan hantarkan ke 15888
- (Contoh: SPM 070203045678 AA001A001)
Perkhidmatan SMS ini akan mula beroperasi pada 24 April 2025 jam 10:00 pagi dan berakhir pada 30 April 2025 jam 6:00 petang.
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2024
Bermula dari 24 April 2025 jam 10:00 pagi hingga 30 April 2025 jam 6:00 petang.
SPM GRADING
Berikut dikongsikan juga takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk makluman bersama.
TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM
- A+ : Cemerlang Tertinggi
- A : Cemerlang Tinggi
- A- : Cemerlang
- B+ : Kepujian Tertinggi
- B : Kepujian Tinggi
- B : Kepujian Atas
- C : Kepujian
- D : Lulus Atas
- E : Lulus
- G : Gagal
- Keputusan ditahan / dibatalkan
- Catatan “Digantung” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
- Catatan “Dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
- Keputusan “T”
- Catatan “T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
SPM RECHECK
Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.
Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.
Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:
- Semakan semula keputusan dibuka selama 30 hari pada waktu dan masa yang akan dimaklumkan kelak.
- Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
- Klik pada permohonan semakan semula keputusan
- Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
- Selesai.
- Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
- Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu
TALIAN BANTUAN
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui :
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
- Laman web rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/
- Laman web semakan keputusan : https://myresultspm.moe.gov.my/