PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : SEMAK KELAYAKAN DAN TARIKH PERMOHONAN

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : SEMAK KELAYAKAN DAN TARIKH PERMOHONAN

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2025 dengan kerjasama antara pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bersetuju untuk meneruskan lagi program Bantuan Lesen Memandu Percuma atau diperkenalkan sebagai MyLesen B2 bagi tahun 2025.

Program MyLesen B2 merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Malaysia Madani untuk membantu golongan kurang berkemampuan (B40) untuk mendapatkan Lesen Memandu Motosikal B2 secara percuma dimana kos yuran peserta (fi latihan, amali dan ujian) akan ditaja oleh Kerajaan Madani.

LESEN PERCUMA 2026

Baca Juga : Bantuan Ewallet Madani 2025

Matlamat Utama Program Lesen Memandu Percuma 2025

Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah memperkenalkan satu inisiatif yang memudahkan rakyat terutamanya belia dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen kelas B2 secara percuma tanpa sebarang kos.

Tujuan utama pemberian latihan pengambilan lesen memandu secara percuma adalah seperti berikut :

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

Syarat Kelayakan Lesen Memandu Percuma 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan MyLesen B2 :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  • Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
  • Terbuka kepada Golongan B40 dan Tanggungan (anak).
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.

Tarikh Permohonan Lesen Memandu Percuma 2025

Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengumumkan tarikh pelaksanaan Program MyLesen B2 bagi tahun 2025 ini. Walaubagaimanapun, tarikh akan dikemaskini kembali apabila ianya diumumkan secara rasmi kelak.

Seperti tahun lalu, pelaksanaan Program MyLesen B2 adalah bermula pada bulan Februari sehingga Oktober dan sehingga kuota penuh yang mana setiap negeri mempunyai had kuota yang berbeza-beza

Borang Lesen Memandu Percuma 2025

Borang lesen memandu percuma adalah seperti berikut :

borang lesen memandu percuma
BORANG LESEN PERCUMA 2025

Panduan Permohonan Lesen Memandu Percuma 2025

Untuk permohonan Program MyLesen B2 boleh dilakukan secara dalam talian seperti berikut :

  • Layari Portal Rasmi JPJ, dan cetak borang permohonan lesen percuma.
  • Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
  • Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
  • Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
  • Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  • Selesai.

Nota Penting : Untuk makluman, sebarang borang permohonan 2025 belum dikeluarkan oleh Pihak JPJ dan pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

Anda juga boleh layari Portal Rasmi JPJ untuk memastikan anda tidak terlepas dari memohon bantuan lesen percuma 2025. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ dengan mengisi borang yang disediakan setelah dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

Maklumat Tambahan

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Info

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment