SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3 (SEMAKAN STATUS DAN JADUAL BAYARAN)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
STR diteruskan dengan pembayaran Fasa 3 yang dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia. Tentunya individu yang merupakan penerima sah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menantikan bayaran fasa ke 3 yang mana ianya dijangka akan dibayar secara berperingkat tidak lama lagi.

Bilakah tarikh masuk Bantuan STR Fasa 3 dan bagaimana cara semakan status penerima? Ikuti maklumat dan panduan di bawah.
Baca Juga : Semakan Bantuan Ewallet Madani 2025
Kategori Penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Berikut adalah kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025 yang ditetapkan :
- Isi Rumah : Berkahwin (Ada atau Tiada Anak) Ibu Bapa Tunggal/ Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
- Warga Emas : Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak Berumur 60 Tahun dan ke atas
- Bujang : Berumur 21 hingga 59 tahun Bujang (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Kadar bayaran STR 2025 bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut :
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah berpendapatan RM 2500 kebawah
- Tiada Anak : RM 1,000
- Anak 1-2 : RM 1,500
- Anak 3-4 : RM 2,000
- 5 dan keatas : RM 2,500
- Isi Rumah berpendapatan RM 2500 kebawah
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
- Tiada Anak : RM 500
- Anak 1-2 : RM 750
- Anak 3-4 : RM 1000
- 5 dan keatas : RM 1250
- Isi Rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
- Kategori Penerima
- Warga Emas tiada pasangan/anak (60 tahun keatas)
- RM 600
- Warga Emas tiada pasangan/anak (60 tahun keatas)
- Kategori
- Bujang (21 hingga 59 tahun)
- RM 600
- Bujang (21 hingga 59 tahun)
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 2025
Semakan status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 2025 boleh dibuat dengan langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Tekan butang “Log Masuk“
- Masukkan kata kunci keselamatan
- Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
- Klik “Maklumat Bayaran” untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.
- Berikut contoh paparan

Tarikh Jadual & Kadar Bayaran STR Fasa 3
Tarikh jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : 24 Mac 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Tiga (3) dijangka Jun 2025 dan berperingkat. Namun bagaimanapun, pihak kerajaan masih belum mengumumkannya secara rasmi.
NOTA : Tarikh di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan daripada kerajaan
Kadar / Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Jumlah bantuan untuk Fasa 3 berbeza mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah Miskin Tegar (5 anak) : RM700 – RM1,200
- Isi Rumah Biasa : RM300 – RM600
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM200 – RM300
- Bujang : RM100 – RM150
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 03-8882 4565
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat