BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : CARA GUNA BANTUAN SARA DI KEDAI BERDAFTAR

BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : CARA GUNA BANTUAN SARA DI KEDAI BERDAFTAR

Program Bantuan Tanpa Tunai (cashless) atau Sumbangan Asas Rahmah SARA yang dilaksanakan secara automatik melalui MyKad penerima bagi pembelian barangan keperluan asas kini diperluas ke Sabah dan Sarawak, dengan peningkatan bayaran sehingga RM200 sebulan untuk tahun 2025.

Bantuan MyKad merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Bagaimanakah cara guna bantuan MyKad ini? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca Juga : Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (Semakan Status Dan Jadual Bayaran)

Syarat Kelayakan Bantuan Rm100 MyKad 2025

Kelayakan untuk SARA 2025 adalah terhad kepada :

  • Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.
  • SARA untuk Isi Rumah dan Warga Emas (STR 2025)
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

Jumlah Bayaran Bantuan MyKad 2025

Berikut adalah jumlah atau kadar agihan bantuan MyKad 2025 :

  • Isi Rumah (STR & eKasih) : RM2,100
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) : RM1,650
  • Bujang (STR & eKasih) : RM600
  • Isi Rumah (STR sahaja) : RM900
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) : RM450

Cara Agihan Bantuan Mykad RM100

Untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan, Kerajaan MADANI akan mengagihkan Bantuan SARA secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima secara automatik setiap bulan. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih di seluruh negara menggunakan MyKad.

Semakan Status Bantuan MyKad RM100

Untuk mengetahui status kelayakan penerima, semakan boleh dilakukan melalui dua portal rasmi, iaitu:

  1. Portal Rasmi MyKasih
  2. Portal Rasmi STR

Sila ikuti panduan semakan status seperti berikut:

  • Layari portal rasmi MyKasih melalui pautan yang disediakan. KLIK DISINI
  • Pada halaman utama, klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan tepat tanpa sengkang (-).
  • Klik pada butang [Semakan Status]. Status penerima akan dipaparkan sebagai ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.

Jika status menunjukkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  • Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Klik pada butang [Log Masuk].
  • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan; klik [Ya] jika betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan tepat.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Klik pada butang [Semakan 2025] di bawah. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan sebagai ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.

Senarai Kategori Barangan Asas MyKasih

Berikut adalah senarai penuh 13 jenis barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih 2025 :

  • Barangan Sekolah
  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin (contoh: sardin, kacang panggang, tuna)
  • Rempah dan perencah masakan (contoh: serbuk kari, garam, gula, kunyit)
  • Produk Kebersihan
  • Ubat-ubatan
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Nota Penting : Pembelian hanya boleh dilakukan di pasar raya dan kedai runcit terpilih yang menerima pembayaran melalui program MyKasih. Bantuan tidak boleh digunakan untuk barangan mewah, rokok, alkohol, atau produk yang tidak tersenarai. Senarai ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut dasar kerajaan dan pihak MyKasih.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak berwajib di bawah ini:

Info

Pihak kami hanya berkongsi maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk memudahkan carian pelawat.

Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapatkan info terkini mengenai bantuan.

Leave a Comment