TERKINI! BANTUAN SARA MEI 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN DAN CARA GUNA

TERKINI! BANTUAN SARA MEI 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN DAN CARA GUNA

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan dengan tujuan untuk memberikan sokongan kepada isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar dalam memperoleh keperluan asas.

Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit bulanan yang akan dimasukkan secara langsung ke dalam MyKad, yang kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan runcit di kedai-kedai dan pasar raya yang telah ditetapkan.

Artikel ini menyenaraikan maklumat terkini tentang tarikh bayaran, semakan status, jumlah bantuan, dan cara menggunakannya.

Baca Juga : Program Rebat Elektrik RM40 Siapa Layak? (Semak Sekarang)

Syarat Kelayakan Bantuan SARA 2025

Kelayakan untuk SARA 2025 adalah terhad kepada :

  • Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.
  • SARA untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Kelayakan adalah seperti berikut :
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

Tarikh Bayaran Bantuan SARA Mei 2025

  • Tarikh bayaran bermula : 1 Mei 2025
  • Kaedah Agihan : Kredit bulanan ke dalam MyKad

Cara Semakan Status Bantuan SARA 2025

Untuk mengetahui status kelayakan dan bayaran, ikuti langkah berikut :

  • Layari laman web rasmi : https://www.mykasih.com.my/
  • Klik pada pautan “Semakan Kelayakan
  • Masukkan nombor MyKad (IC) anda
  • Klik “Semakan Status
  • Jika anda tersenarai sebagai penerima, status akan memaparkan :
    • Kelayakan SARA
    • Baki semasa SARA

Panduan Menggunakan Bantuan SARA

Kaedah menggunakan bantuan Mykad untuk pembelian adalah seperti berikut :

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Mykasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Tukar Nombor Pin
    • Penerima bantuan perlu menukar no pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada no pin yang baharu
  4. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli
  5. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan no pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian

Senarai Barang Sumbangan Asas Rahmah 2025

Berikut 13 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Info

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment