PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : DAFTAR BANTUAN SEKARANG

PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : DAFTAR BANTUAN SEKARANG

Seperti telah dibentangkan dalam belanjawan 2024 bahawa Sumbangan Asas Rahmah akan ditambahbaik kepada penerima supaya dapat mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah permohonan sumbangan asas rahmah? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 300 SEBULAN : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI PENAMBAHBAIKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2024 adalah termasuk :

  1. Memperluas penerima merangkumi golongan miskin, miskin tegar, dan golongan asas bukan miskin, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

KADAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Setiap penerima bakal menerima kadar yang berbeza mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN 2024
Kategori Miskin TegarIsi Rumah : RM1,200
Warga Emas : RM1,200
Bujang : RM600
Kategori Miskin e-KasihIsi Rumah : RM1,200
Warga Emas : RM1,200
Bujang : RM600
Kategori Asas Bukan MiskinIsi Rumah : RM300
Warga Emas : RM150
Bujang : RM150

CARA PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA PELAKSANAAN
Penerima di negeri-negeri
Semenanjung Malaysia
Penerima akan menerima bantuan barangan
keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah
RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh
12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024)
secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Penerima di negeri
Sabah dan Sarawak
Penerima bakal menerima bayaran RM600 / RM300
dua kali setahun (19 Februari 2024 dan
12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui
pengkreditan ke akaun bank / secara tunai,
sama seperti kaedah pembayaran STR 2024

KELAYAKAN PEMOHON

Adalah tertakluk kepada kelayakan yang ditetapkan untuk memohon seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan rayuan STR 2024 anda melepasi kriteria kelayakan dan diluluskan; serta
  • Tersenarai dalam data Miskin Tegar / Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023.

*Nota : Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan. Sekiranya permohonan STR diluluskan mulai semakan verifikasi fasa kedua / ketiga / keempat, bayaran SARA yang akan diterima adalah mulai bulan fasa STR 2024 berkenaan diluluskan.

PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga turut bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah. Oleh itu pemohon perlu memohon Sumbangan Tunai Rahmah di pautan seperti berikut :

  1. Sila klik pautan permohonan di SINI : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment