LESEN PERCUMA 2025 – BILA BOLEH DAFTAR?INI PANDUAN LENGKAP!
Jika anda daripada golongan B40 yang masih belum memiliki lesen memandu,kerajaan menawarkan bantuan bagi yang layak untuk memiliki lesen memandu secara percuma. Kami kongsikan berita baik untuk anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini melancarkan program lesen percuma khusus untuk kumpulan B40 sebagai satu inisiatif bantuan daripada kerajaan.
Dengan memiliki lesen memandu, peluang pekerjaan dan kebolehan untuk anda bergerak setiap hari akan menjadi mudah. Namun, ramai yang terlepas peluang hebat ini kerana tidak tahu syarat kelayakan atau cara untuk memohon. Jangan risau! Artikel ini akan membantu anda memahami:
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lesen memandu percuma ini – baca panduan lengkap ini sebelum tempoh permohonan ditutup!
BACA JUGA DI SINI : TERKINI! PMX UMUM KAD PEKERJA MADANI – SIAPA YANG LAYAK & BAGAIMANA NAK DAFTAR?
SYARAT UNTUK MEMOHON
Syarat dan kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia yang berumur antara 16 hingga 35 tahun ketika membuatpermohonan
- Tubuh badan sihat fizikal dan mental
- Golongan B40
- Pelajar sekolah menengah,lepasan institut pengajian tinggi,pelajar institut tinggi atau golongan belia
- Tidak ada sebarang lesen memandu Malaysia semasa mengemukakan permohonan.
- Juga, bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana mahkamah, JPJ, PDRM, atau mana-mana agensi ketika mengemukakan permohonan.
CARA MOHON LESEN PERCUMA 2025
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Anda harus melayari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 di portal tersebut.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut.
- Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal.
- Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
- Selesai.
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN
Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport Terkini.
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.
TARIKH BUKA PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Permohonan MyLesen B2 kini dibuka bermula Februari sehingga Oktober 2025 atau sehingga kuota penyertaan yang ditetapkan oleh Negeri masing-masing dipenuhi.
BORANG LESEN PERCUMA 2025
SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN LESEN PERCUMA
Jika berdasarkan tahun sebelumnya, keputusan biasanya akan dikeluarkan 3-6 bulan selepas tarikh tutup permohonan.
Contoh,jika tutup permohonan 31 Ogos 2025, keputusan mungkin Disember 2025 – Februari 2026.Berikut kami sediakan 3 cara untuk menyemak keputusan permohonan.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN :
- Online :
- Layari portal rasmi (cth: jpj.gov.my atau myeg.gov.my).
- SMS:
- Hantar No. Kad Pengenalan ke nombor rasmi.
- Taip: JPJ SEMAK [No. Kad Pengenalan]
- Hantar ke 33888.
- Kaunter JPJ :
- Bawa resit & dokumen asal.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) yang berdekatan.
Talian Bantuan: +603 8000 8000
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, kami ingin menekankan bahawa kami hanya berkongsi informasi mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Tujuan kami adalah untuk memberikan manfaat dan memudahkan pengguna dalam mencari maklumat yang mereka perlukan.
Tajuk dan kata kunci yang kami gunakan di atas ditulis berdasarkan carian yang popular di kalangan pengguna, yang diambil daripada sumber enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak meminta sebarang maklumat daripada pengguna atau pelawat, dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk menyampaikan informasi terkini dan maklumat yang sahih, agar pelawat laman web ini dapat dengan mudah mendapatkan info terbaru tentang bantuan yang tersedia.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber yang boleh dipercayai di:
https://www.jpj.gov.my/