SENARAI TERBARU BARANG SARA YANG ANDA PERLU TAHU – SEMAK SEKARANG SENARAI LENGKAP!

SENARAI TERBARU BARANG SARA YANG ANDA PERLU TAHU – SEMAK SEKARANG SENARAI LENGKAP!

Penerima yang menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) harus memeriksa senarai Barangan MyKasih terlebih dahulu sebelum menggunakan bantuan tersebut jika ingin membeli barangan keperluan tersebut. Dengan cara ini, mereka dapat memastikan semua barang yang dibeli adalah yang betul dan termasuk dalam senarai barang yang telah disetujui.

KETAHUI APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

SARA adalah bantuan tambahan bagi mereka yang sudah menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan terdaftar sebagai golongan Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih.

Ini adalah program khusus untuk membantu rakyat yang menerima kesan daripada kenaikan taraf sara hidup di akhir-akhir ini.

Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup orang yang kurang berkemampuan dan membantu mereka dalam mengimbangi taraf hidup yang tinggi melalui program Ekonomi MADANI. Program SARA dimulai pada 1 April dan ditujukan kepada 5.4 juta penerima di seluruh negara.

BACA JUGA DI SINI : KERAJAAN KREDIT RM500 KE KAD PEKERJA MADANI MULAI 1 JUN – INI CARA CHECK STATUS!

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada:

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:
    • Data eKasih 31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2025.
    • Data eKasih 30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2025.
    • Data eKasih 31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Oktober 2025.
    • Data eKasih 30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2025.

JUMLAH KELAYAKAN

Kategori Penerima (Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih)

  1. Isi Rumah (Tiada had umur) : RM2,100 RM100/bulan (Januari – Mac) RM200/bulan (April – Disember)
  2. Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,650 RM100/bulan (Januari – Mac) RM150/bulan (April – Disember)
  3. Bujang (21-59 tahun) : RM600 RM50/bulan (Januari – Disember)

Kategori Penerima (Penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih)

  1. Isi Rumah (Tiada had umur) : RM900 RM100/bulan (April – Disember)
  2. Warga Emas Tiada Pasangan : RM450 RM50/bulan (April – Disember)
  3. Bujang (21-59 tahun) : TIDAK DI BERI

SENARAI TERBARU BARANG SARA YANG ANDA PERLU TAHU

Mulai 1 Mei 2025, kategori barangan di bawah SARA akan diperluas kepada produk kebersihan rumah!

Lepas ini, bolehlah gunakan kredit SARA untuk membeli barangan seperti sabun atau serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan mangkuk, dan pencuci lantai.

Lebih banyak pilihan, lebih mudah urus perbelanjaan isi rumah. Kadang-kadang benda kecil pun boleh buat hidup rasa lebih ringan, kan?

Guna aje MyKad bila beli!

Senarai barang sara yang boleh dibeli terdiri daripada 14 kategori produk yang diluluskan beserta contoh jenama yang tersenarai :

  1. Beras
    • Jasmine
    • Jati
    • Saga
    • Bernas
    • Faiza
    • Beras Wangi Cap Rambutan
    • Cap Gajah
    • Cap Masjid
  2. Roti
    • Gardenia
    • Massimo
    • Mighty White
  3. Telur
    • CP
    • NutriPlus
    • QL Eggs
  4. Minyak masak
    • Alif
    • Knife
    • Saji
    • Daisy
    • Seri Murni
    • Buruh
    • Vesawit
  5. Tepung
    • Blue Key
    • Cap Sauh
    • Faiza
    • MFM
    • Cap Ros
  6. Biskut
    • Munchy’s
    • Tiger
    • Chipsmore
    • Hwa Tai
    • Julie’s
    • KERK
    • Kraft Foods
    • Jacob’s
    • Hup Seng
  7. Mi segera
    • Indomie
    • Maggi
    • Mamee
    • Mi Sedaap
    • Cintan
    • Econsave
  8. Minuman
    • Dutch Lady
    • MILO
    • BOH
    • Nescafé
    • F&N
    • Fernleaf
    • Marigold
    • Horlicks
    • Quaker
    • Vico
  9. Makanan dalam tin
    • TC Boy
    • Ayam Brand
    • Adabi
    • Yeo’s
    • Kimball
    • King Cup
    • Bahan perasa
    • Puteri
    • Kimball
    • Maggi
    • Tamin
    • Adabi
    • Faiza
    • Planta
    • Life
    • Jalen
  10. Cukup Rasa (Maggi)
    • Serbuk Kari Babas
    • Serbuk Kari Mak Siti
    • CSR
  11. Produk kebersihan
    • Colgate
    • Kotex
    • Dettol
  12. Ubat-ubatan
    • Prospan
    • Hurix’s
    • Strepsils
    • Sterimar
    • Panadol
    • Difflam
  13. Barangan persekolahan
    • Stabilo
    • Faber-Castell
    • Staedtler
    • Bata
    • Campap
    • Canggih
  14. Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI)
    • Sabun / serbuk pencuci pakaian
    • Sabun pinggan mangkuk
    • Pencuci lantai

CARA SEMAK BARANG SARA YANG LAIN

Ramai juga tertanya-tanya, kadang-kadang tu jenama barangan yang dipamerkan dalam poster tu tak ada di kedai. Jadi, bolehkah beli jenama lain?

Adakah ia layak untuk dibayar menggunakan wang bantuan MyKasih nanti?

Ini cara nak check barang yang layak untuk pembelian menggunakan aplikasi MyKasih :

  1. Buka Google Play Store (Android) atau App Store (iOS).
  2. Cari “MyKasih” dan muat turun.
  3. Buka Aplikasi & Log Masuk
  4. Log masuk dengan ID & kata laluan anda.
  5. Pergi ke Menu Imbas (Scan)
  6. Cari butang “Scan” atau “Imbas Barang” (biasanya di bahagian bawah atau menu utama).
  7. Jika ada pilihan “Tebus Barang”, pilih itu dan cari fungsi imbasan.
  8. Akses Kamera
  9. Pastikan aplikasi MyKasih mempunyai kebenaran kamera.
  10. Jika diminta, klik “Benarkan”.
  11. Arahkan Kamera ke Kod Barang
  12. Fokuskan kamera pada kod bar (barcode) atau QR code produk yang ingin ditebus.
  13. Pastikan pencahayaan cukup dan kod jelas.
  14. Tunggu Pengesahan
  15. Sistem akan mengimbas dan memaparkan maklumat produk.
  16. Jika produk layak, ikuti arahan untuk tebus/membeli.
  17. Selesai

CREDIT : ECONSAVE KUALA TERENGGANU

KAEDAH PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH

Kaedah pembelian barang boleh dibuat seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
  2. Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
  4. Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  5. Imbas Kod Barangan
  6. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  7. Bayar Menggunakan MyKad
  8. Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  9. Simpan Resit Untuk Semakan
  10. Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

MAKLUMAT LANJUT

Semak kelayakan di laman web kami: www.mykasih.com.my di bawah bahagian “Semak Kelayakan” dan lihat jumlah bantuan yang diterima setiap bulan.

Jika didapati tiada rekod ditemui, boleh memohon di laman web STR LHDN: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat lanjut mengenai program SARA boleh didapati di laman web kami: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/

Info lanjut mengenai Barangan MyKasih, sila layari laman web https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment