SEMAKAN E-WALLET MADANI 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN(RM100 & RM200 & RM50)
Teknologi pada masa kini semakin maju dan canggih, di mana masyarakat kini dapat melakukan pembayaran bagi sebarang pembelian secara tanpa tunai. Sehubungan dengan itu, Kerajaan juga telah menyediakan bantuan secara tanpa tunai untuk memudahkan rakyat dalam menerima dan menggunakan bantuan tersebut.
Untuk maklumat mengenai semakan eWallet MADANI, sila ikuti panduan dan informasi lanjut di bawah.
Baca Juga : REBAT BARANGAN ELEKTRIK 2025 (CARA CLAIM DAN SYARAT KELAYAKAN)
CARA KREDIT E-WALLET MADANI 2025
Kerajaan MADANI berkomitmen untuk melaksanakan pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara tanpa tunai melalui kad pintar (kad pengenalan) bagi setiap penerima setiap bulan, dan bukan melalui aplikasi e-Wallet.
Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan semua penerima dari pelbagai kategori, yang berumur antara 21 hingga 60 tahun dan ke atas, dalam menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dengan cara yang mudah dan selamat.
TARIKH KREDIT E-WALLET MADANI 2025
Pengkreditan terkini Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara tanpa tunai adalah pada tarikh berikut :
- Mulai 01 Mei 2025 (Khamis)
JUMLAH KREDIT EWALLET MADANI 2025
Jumlah Bantuan e-Wallet MADANI yang diberikan adalah sebanyak RM100 bagi setiap penerima. Namun, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan dikreditkan dengan jumlah yang berbeza bagi setiap kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Bujang :
- Bujang B40 : RM50 setiap bulan.
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah B40 : RM200 setiap bulan.
- Isi Rumah M40 : RM100 setiap bulan.
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas B40 : RM150 setiap bulan.
- Warga Emas M40 : RM50 setiap bulan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA EWALLET MADANI 2025
Status kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah boleh disemak dengan langkah-langkah berikut :
- Sila kunjungi pautan rasmi di sini : https://www.mykasih.com.my/
- Pada halaman utama, klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan tepat tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan sebagai ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status menunjukkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603)-7720 1800
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat