TERKINI! SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025 – BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD

TERKINI! SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025 – BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD

Program Bantuan MyKasih, yang dilaksanakan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA), membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas hanya dengan menggunakan Mykad tanpa menggunakan tunai di kedai dan pasar raya terpilih. Namun, tidak semua jenis barangan dibenarkan.

Dalam artikel ini kami akan menyenaraikan senarai lengkap terkini kategori barangan yang dibenarkan agar penerima dapat memanfaatkan bantuan ini dengan lebih bijak.

Baca Juga : SEMAKAN SENARAI NAMA PLKN 3.0 2025

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Berikut adalah jumlah agihan bantuan SARA untuk tahun 2025 :

PENERIMA SEDIA ADA
(Berstatus eKasih)
PENERIMA BAHARU
(Bukan eKasih)
Isi Rumah
RM200/Bulan (Bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/Bulan (Bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM150/Bulan (Bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/Bulan (Bermula April – Disember)
Bujang
RM50/Bulan (Bermula Januari – Disember)

SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025

Terdapat 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan, dan lain-lain.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi Segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam Tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan Perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk Kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-Ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan Persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Barangan Kebersihan (TERBARU) : Sabun pinggan / Sabun / Serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai.

PANDUAN / CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Kaedah untuk menggunakan bantuan MyKad bagi pembelian adalah seperti berikut :

  • Pilih Barangan Keperluan : Penerima boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad untuk Pengesahan : Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Tukar Nombor Pin : Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baharu.
  • Imbas Kod Barangan : Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang ingin dibeli.
  • Bayar Menggunakan MyKad : Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit untuk Semakan : Penerima bantuan perlu menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKASIH

Semakan baki bantuan MyKad boleh dilakukan melalui kaedah berikut :

  • Semakan melalui Portal Rasmi MyKasih.
  • Semakan melalui aplikasi MyKasih.
  • Resit pembelian.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus menghubungi pihak berwajib di bawah ini:

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk memudahkan carian pelawat.

Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat dan tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapatkan info terkini mengenai bantuan.

Leave a Comment