STR FASA 3 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

STR FASA 3 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Adakah anda merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR untuk tahun ini? Pembayaran STR Fasa 3 bagi tahun 2025 akan dilaksanakan dalam waktu terdekat kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan. Bagi individu yang ingin menyemak status kelayakan serta tarikh pembayaran STR Fasa 3, anda boleh melakukannya secara dalam talian dengan mudah.

Artikel ini bertujuan untuk membantu anda memahami proses semakan status STR, jumlah pembayaran bagi setiap kategori, serta panduan untuk memastikan anda tidak terlepas bantuan yang disediakan.

Baca Juga : Bantuan Barang Dapur 2025

STR & SARA 2025

Semakan Status STR Fasa 3 2025

Bayaran STR Fasa 3 akan dimasukkan pada waktu-waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang
  • Bank Islam : Selepas 8 malam
  • Affin Bank : Selepas 8 malam
  • Ambank : Selepas 8 malam
  • Maybank : Selepas 9 malam
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam
  • RHB Bank : Selepas 9 malam
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam
  • Lain-lain Bank : Selepas 10 malam

Amaun / Kadar STR Fasa 3 2025

Bantuan STR Fasa 3 akan dimasukkan dengan amaun seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 :
    • 0 anak : RM150
    • 1 – 2 anak : RM350
    • 3 – 4 anak : RM500
    • 5 ke atas : RM650
  • Isi Rumah M40 :
    • 0 anak : RM100
    • 1 – 2 anak : RM200
    • 3 – 4 anak : RM250
    • 5 ke atas : RM300
  • Warga Emas : RM150
  • Bujang : RM150.

Tarikh STR Fasa 3 2025

Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3. Namun, tarikh bayaran dijangka bermula pada hujung bulan Julai hingga awal bulan Ogos 2025. Tarikh bayaran rasmi akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 2025

Untuk memudahkan penerima, Kerajaan akan melaksanakan pembayaran melalui dua kaedah :

  • Pembayaran tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus ‘Gagal Kredit’.
  • Pembayaran terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.

Semakan Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025

Panduan untuk menyemak maklumat bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut :

  • Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Pada halaman utama portal, klik [TUTUP] untuk mendapatkan pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Klik pada butang [Log Masuk].
  • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan akan dipaparkan; klik [Ya] jika betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  • Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  • Klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  • Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  • Selesai.

Rujukan

Kami hanya berkongsi informasi terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan STR, sila kunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti berikut:

  • Talian STR : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Emel : [email protected]

Leave a Comment