WWW MYKASIH COM MY SEMAKAN STATUS BANTUAN LOGIN 2025

WWW MYKASIH COM MY SEMAKAN STATUS BANTUAN LOGIN 2025

MyKasih adalah program bantuan tanpa tunai yang membolehkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40, membeli barang keperluan asas menggunakan MyKad di pasar raya terpilih. Dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025, penerima yang layak akan menerima bantuan antara RM50 hingga RM200 sebulan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup. Ketahui cara untuk menyemak kelayakan, syarat-syarat, jumlah bantuan, dan senarai barang yang boleh dibeli melalui program MyKasih ini.

Baca Juga : Borang Permohonan Lesen Memandu Percuma

Kelayakan Bantuan MyKasih 2025

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan menerima bantuan SARA :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang bukan eKasih
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

WWW MYKASIH COM MY Semakan Status Bantuan Sara

Status kelayakan penerima boleh disemak secara dalam talian melalui dua (2) kaedah berikut :

  • Semakan Status Bantuan di Portal MyKasih
    • Layari Portal Rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
    • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    • Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    • Klik [Semak Status].
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.
  • Semakan Status Bantuan di Portal MySTR
    • Layari Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
    • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan butang [Log Masuk].
    • Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    • Klik [Semakan Status].
    • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.

Kadar Pengkreditan SARA MyKasih 2025

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN BULANANJUMLAH BANTUAN SETAHUN
Isi Rumah (eKasih & STR)RM100 – RM200RM1,200 – RM2,100
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih & STR)RM100 – RM150RM1,650
Bujang (eKasih & STR)RM50RM600
Isi Rumah (STR sahaja)RM100RM900
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)RM50RM450

Cara Guna Bantuan MyKasih 2025

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh mendapatkan barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  • Pilih barangan keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  • Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  • Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
  • Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

Cara Semak Baki Kredit MyKasih

Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih dengan langkah-langkah berikut :

  • Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  • Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  • Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh: 123456789).
  • Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  • Klik pada butang [Next] di bawah.
  • Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  • Proses selesai.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Info

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan

Leave a Comment