MY KASIH SARA SEMAKAN 2025 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM 100-200 BULAN INI!
MY KASIH SARA SEMAKAN – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bulan Julai 2025 dah boleh mula disemak. Boleh tengok sama ada nama kita tersenarai sebagai penerima yang layak untuk dapat bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas bagi bulan tu.
Macam mana nak semak status MY KASIH SARA SEMAKAN 2025 ni?
Jom ikut info lanjut kat sini.
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN MYKASIH 2025 – BANTUAN BULANAN KERAJAAN UNTUK BARANGAN DAPUR
SYARAT KELAYAKAN MY KASIH SARA 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KADAR KELAYAKAN BAYARAN MY KASIH SARA 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dalam MyKad seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
Isi Rumah | RM2,100 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
Isi Rumah | RM900 Setahun RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 Setahun RM50/bulan (bermula April – Disember) |
MY KASIH SARA SEMAKAN
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak Di Portal MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my/
- Kat halaman utama, tekan butang [Semak Kelayakan]
- Masukkan 12 digit nombor MyKad dekat ruangan [Nombor MyKad]
- Lepas tu klik [Semakan Status]
- Nanti akan keluar [Status Kelayakan Penerima] & [Maklumat Bayaran]
- Siap! Senang kan?
Semak Di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan muncul.
- Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan dan tekan [Log Masuk]
- Akan keluar Pengesahan Kata Kunci Keselamatan, masukkan kata kunci yang betul ya.
- Klik [Semakan Status]
- Lepas tu, maklumat [Status Kelayakan Penerima] & [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Siap!
MY KASIH SARA SEMAKAN
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN SARA MYKASIH
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai runcit atau pasar raya berdaftar yang dekat dengan anda.
- Pilih barangan keperluan asas ikut 14 kategori produk yang ada label SARA MyKasih pada rak harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Bayar barangan tu guna MyKad terus.
- Juruwang akan bagi resit bayaran — simpan untuk semak transaksi nanti.
- Kalau beli barang bukan ikut label, atau lebih dari baki dalam MyKad, kena bayar sendiri secara tunai ya.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih atau MY KASIH SARA SEMAKAN anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]
MY KASIH SARA SEMAKAN
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
MY KASIH SARA SEMAKAN