SEMAKAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Tidak lama lagi perayaan Aidilfitri bakal menjelang tiba, pastinya sudah ada yang mula membuat persiapan untuk menyambutnya. Namun, masih ada yang tidak berkemampuan untuk membuat sebarang persiapan. Oleh itu, Bantuan Khas Aidilfitri dilancarkan dan telah mula diagihkan kepada penerima untuk membuat persiapan menyambut perayaan.

Bagaimanakah semakan bantuan khas aidilfitri? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN : CHECK SEKARANG

JUMLAH AGIHAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024

Bantuan Khas Aidilfitri diagihkan mengikut jumlah yang ditetapkan berlainan setiap negeri seperti berikut :

BIL.NEGERI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
1.Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
RM300 sehingga RM1,000
2.SelangorRM300 sehingga RM1,000
3.Negeri SembilanRM250 sehingga RM800
4.MelakaRM150 dan RM250
(Tambahan RM100 setiap
seorang tanggungan)
5.JohorRM300 sehingga RM400
(Tambahan RM50 setiap
seorang tanggungan)
6.PahangRM200 sehingga RM600
7.TerengganuRM300 sehingga RM700
8.KelantanRM300 sehingga RM3,000
9.KedahBelum diumumkan
10.Pulau PinangRM450 sehingga RM700
11.PerakRM500 sehingga RM1,000
12.PerlisBelum diumumkan
13.SabahBelum diumumkan
14.SarawakBelum diumumkan

TARIKH AGIHAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024

Agihan Bantuan Khas Aidilfitri adalah berbeza setiap negeri mengikut tarikh yang ditetapkan. Namun, ada sesetengah negeri telah mula mengagihkan bantuan pada 1 Ramadhan 1445H dan ada sesetengahnya masih belum mengagihkan bantuan tersebut. Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa setiap negeri.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan umum penerima Bantuan Khas Aidilfitri :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam; serta
  • Menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan setiap negeri (perlu merujuk pada laman rasmi setiap negeri)

SEMAKAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024

Semakan hendaklah dibuat pada laman rasmi agihan bantuan setiap negeri masing-masing. Berikut merupakan pautan laman rasmi setiap negeri :

  • Cara Semakan Bantuan Khas Aidilfitri 2024 :
  1. Sila klik salah satu pautan (mengikut negeri pemohon) di atas.
  2. Kemudian, klik pada [Semakan].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (sekiranya perlu).
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  5. Status pemohon akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi setiap negeri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di portal rasmi setiap negeri.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.sistemguruonline.my/2024/03/cara-mohon-bantuan-raya-2024.html.

Leave a Comment