BANTUAN STR FASA 1 2026 – DAFTAR & KEMASKINI AKAUN MySTR

BANTUAN STR FASA 1 2026 – DAFTAR & KEMASKINI AKAUN MySTR

Bagi memastikan anda layak untuk mendapat semua manfaat dari Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, semua penerima bantuan dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.

AKAUN BARU MYSTR 2026

Berikut dikongsikan cara mendaftar akaun dan cara membuat kemaskini akaun MySTR 2026.

Baca Juga : Senarai Bantuan Tunai Dari JKM 2025

APA ITU BANTUAN STR 2026?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ialah bantuan kewangan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan kos sara hidup. Ia kesinambungan BPR dan BSH, dengan peruntukan RM13 bilion pada 2025, memberi manfaat kepada 9 juta rakyat atau 60% penduduk dewasa.

STR DAN SARA 2026

STR diiringi dengan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu kredit pembelian barangan keperluan asas yang diberikan secara bulanan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion pada tahun 2025.

Peruntukan yang lebih tinggi ini adalah hasil daripada penjimatan yang diperoleh melalui penyasaran subsidi seperti diesel dan bahan api RON95. Usaha ini bertujuan memastikan bantuan tersebut dapat diagihkan lebih meluas dan berkesan dalam meringankan beban rakyat.

BANTUAN STR & SARA 2026

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026

Syarat-syarat kelayakan penerima STR bagi tahun 2026 mengikut kategori adalah seperti berikut :

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yangmenepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidakmempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidakmempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

KADAR BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR & SARA 2026

Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan.

  • Isi Rumah Pendapatan bulanan ≤ RM2,500
    • Tiada anak : RM1,900
    • 1–2 anak : RM2,400
    • 3–4 anak : RM2,900
    • 5 anak ke atas : RM3,400
  • Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000
    • Tiada anak : RM1,400
    • 1–2 anak : RM1,650
    • 3–4 anak : RM1,900
    • 5 anak ke atas : RM2,150
  • Warga emas bujang : RM1,200
  • Bujang (pendapatan ≤ RM2,500) : RM600
    • Individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.
KADAR BANTUAN STR SARA 2026
  • Semua bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan. Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran tunai boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

CARA DAFTAR AKAUN BARU MySTR 2026

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :

  1. Layari Laman Rasmi MySTR di alamat https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik pada butang “LOG MASUK”.
  3. Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  4. Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  5. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  6. Klik butang ‘Daftar Akaun’.
PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN AKAUN MySTR 2026
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR 2026

LOG MASUK PORTAL MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Klik butang “Log Masuk
  3. Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor MyKad anda betul.
  4. Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
  5. Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk
  6. Selesai.
LOG MASUK MYSTR 2026
Paparan dashboard laman MySTR

PANDUAN KEMASKINI BANTUAN STR 2026

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut :

  1. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
  2. Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
  3. Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
  4. Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.
  5. Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026

  1. Lawati portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  2. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris. (Sila rujuk panduan bergambar di bawah)
  3. Sekiranya belum ada akaun MySTR, pendaftaran boleh dibuat di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.
PANDUAN KEMASKINI STR 2026
CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026
KEMASKINI BANTUAN STR 2026
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026
BANTUAN STR FASA 1 2026
CARA KEMASKINI AKAUN BANK STR
KEMASKINI MAKLUMAT WARIS STR 2026
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN STR

Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.

Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.

Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci :

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN STR FASA 1 2026

Permohonan STR 2026 boleh dibuat di kaunter LHDN?

Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.

Siapa perlu buat permohonan baharu STR 2026?

Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.

Bila permohonan STR 2026 fasa 1 dibuka?

Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.

Bolehkah Portal MySTR di log masuk melalui telefon bimbit?

Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.

Adakah perlu daftar semula akaun jika sudah pernah terima STR sebelum ini?

Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Untuk mengetahui maklumat terkini atau sebarang persoalan mengenai STR 2026, anda boleh layari atau hubungi :

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi Talian MOF : 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my

­

Leave a Comment