SARA INDIVIDU BUJANG 2026 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)
Untuk tahun 2026 individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima bantuan STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bagi individu bujang.
APA ITU SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026, yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Baca Juga : Link Kemaskini STR 2026
KELAYAKAN SARA INDIVIDU BUJANG 2026
Kategori bujang merujuk kepada individu yang belum berkahwin dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2026. Untuk layak menerima SARA :
- Mesti warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Berdaftar dan menerima STR 2026
Jika permohonan STR diluluskan, SARA juga akan diluluskan secara automatik berdasarkan status permohonan anda.
KADAR SARA INDIVIDU BUJANG 2026
Jumlah bantuan SARA 2026 untuk individu bujang adalah seperti berikut :
| Kategori Penerima | Jumlah Bantuan SARA 2026 |
|---|---|
| Individu Bujang (STR biasa) | RM50 sebulan = RM600 setahun |
| Bujang dengan status eKasih/miskin | RM100 sebulan = RM1,200 setahun |
| SARA ‘One Off’ bayaran Sekaligus RM100 | Semua warganegara 18+ (Februari 2026) |

Bantuan ini dimasukkan ke dalam MyKad dan bukan ke akaun bank. Ia hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai yang berdaftar seperti pasar raya atau kedai MyKasih/SARA.
CARA SEMAKAN STATUS SARA 2026
Berikut ialah panduan lengkap untuk menyemak status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, termasuk cara menyemak kelayakan, baki kredit MyKad dan status pembayaran.
Melalui Portal Rasmi MyKasih
Portal MyKasih ialah platform utama untuk menyemak status penerima SARA 2026.
Langkah-langkah semakan :
- Lawati laman web MyKasih di pautan ini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sempang).
- Masukkan kod keselamatan (captcha) yang tertera.
- Klik butang “Semakan Status”.
- Keputusan akan dipaparkan :
- Status kelayakan (“Layak” / “Tidak Layak”)
- Nama penuh penerima
- Baki kredit SARA dalam MyKad
- Tarikh bantuan mula dikreditkan

Semakan Melalui Portal MySTR (LHDNM)
Para penerima juga boleh menyemak SARA melalui portal MySTR, iaitu laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
Langkah-langkah :
- Layari laman web MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan ID MySTR dan kata laluan anda.
- Pilih menu “Semakan SARA 2026” atau “Status Bantuan Tambahan”.
- Akan dipaparkan sama ada anda layak menerima SARA atau tidak dan jumlah bantuan (bulanan atau sekali bayar).

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2026
Tarikh bayaran SARA 2026 untuk penerima STR dan e-Kasih masih belum diumumkan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui portal rasmi.
Namun, bayaran khas RM100 one-off Penghargaan SARA akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari 2026.
SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI DENGAN SARA
Kredit SARA 2026 boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas daripada 14 kategori yang telah diluluskan melalui platform MyKasih/SARA, termasuk :
- Beras
- Telur
- Minyak masak
- Makanan dalam tin
- Susu dan minuman asas
- Produk kebersihan diri, dan banyak lagi

Nota : Pastikan barang-barang ini mempunyai label SARA/MyKasih pada rak harga sebelum dibeli menggunakan kredit MyKad anda.
CARA GUNA KREDIT SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)
Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dikreditkan ke MyKad penerima :
- Pilih Barangan Keperluan
- Pilih barangan asas yang ingin dibeli berdasarkan 14 kategori yang diluluskan SARA, seperti beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, keperluan sekolah, ubat-ubatan, bahan perasa, biskut, mi segera, dan barangan kebersihan rumah. Pastikan barangan tersebut mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad di Kaunter
- Semasa pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status penerima SARA.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang akan imbas setiap item yang anda pilih untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Selepas semua barangan diimbas, pembayaran dibuat menggunakan MyKad jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada kredit SARA yang tersedia.
- Simpan Resit Pembelian
- Pastikan anda menyimpan resit bagi tujuan semakan atau rujukan transaksi pembelian di kemudian hari.

TIPS BERBELANJA SARA
- Sentiasa semak baki kredit SARA anda sebelum membeli-belah.
- Pastikan MyKad anda dalam keadaan baik dan cipnya boleh dibaca.
- Gunakan kredit anda hanya di kedai yang berdaftar dengan SARA/MyKasih.
- Semak status anda secara berkala melalui portal rasmi dan aplikasi MyKasih.

KESIMPULAN
SARA 2026 merupakan bantuan penting untuk golongan bujang, memberikan kredit RM50 – RM100 sebulan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas sepanjang tahun. Dengan semakan yang betul dan penggunaan kredit yang bijak, individu bujang boleh mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada bantuan ini.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan berdaftar.
Terdapat 14 kategori barangan asas termasuk:beras, minyak masak, tepung, gula, susu, telur, ayam, ikan, sayur, roti, lampin, ubat asas (seperti Panadol), sabun mandi, dan alat tulis.
Tidak. Baki kredit tidak akan luput dalam bulan yang sama dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
Penerima perlu buat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada MyKasih Foundation untuk kemas kini akaun sebelum kredit diagihkan semula.
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Maklumat & Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila layari atau hubungi :
- Talian Hotline MyKasih : 03-7720 1800 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang)
- Emel : [email protected]
- Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my