BANTUAN WARGA EMAS (BWE) JKM – SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

BANTUAN WARGA EMAS (BWE) JKM – SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Warga Emas (BWE) sebagai salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk menjaga kebajikan individu berumur 60 tahun ke atas. Bantuan bulanan sehingga RM600 disediakan bagi mereka yang berkelayakan.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE) JKM

Artikel ini menyediakan maklumat terkini termasuk :

  • Siapa yang layak memohon
  • Jumlah bantuan bulanan terkini
  • Cara memohon (manual & dalam talian)
  • Dokumen yang diperlukan
  • Cara menyemak status bantuan

Apa Itu Bantuan Warga Emas (BWE) JKM?

Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan kewangan bulanan daripada JKM kepada warga emas yang memenuhi syarat. Bantuan ini bertujuan untuk menyokong golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau bergantung kepada keluarga.

BANTUAN WARGA EMAS RM600

Jumlah Bantuan Warga Emas JKM

Kerajaan telah meningkatkan jumlah Bantuan Warga Emas kepada RM600 sebulan seorang mulai tahun 2025.

Jumlah ini lebih tinggi berbanding RM500 pada tahun sebelumnya. Penerima yang lulus permohonan akan menerima bantuan bulanan melalui akaun bank atau tunai, berdasarkan situasi masing-masing.

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM600

Syarat kelayakan rasmi yang ditetapkan oleh JKM adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar.
  • Tidak tinggal di institusi jagaan kerajaan atau swasta yang menerima pembiayaan penuh.
  • Tidak mempunyai waris atau tidak disara oleh anak/penjaga, walaupun tinggal bersama.

Nota : Umur dikira berdasarkan tahun kelahiran, bukan tarikh lahir penuh.

Cara Permohonan Bantuan Warga Emas

Terdapat dua cara utama untuk memohon :

Permohonan Manual (Di Pejabat)

  • Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  • Isi Borang JKM 18.
  • Sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Pegawai akan membuat lawatan/siasatan sebelum bantuan diluluskan.
BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM

Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter:

Permohonan Dalam Talian (Online)

Anda juga boleh memohon secara dalam talian melalui :

Dokumen yang Diperlukan

Sediakan salinan dan dokumen asal :

  1. Salinan MyKad pemohon
  2. Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga serumah
  3. Bukti pendapatan (slip gaji/penyata bank/surat pengesahan)
  4. Salinan bil utiliti (elektrik/air/telefon)
  5. Salinan buku akaun bank pemohon
  6. Dokumen sokongan lain (jika berkaitan: surat cerai, sijil kematian pasangan, surat doktor, dll.)

Semakan Status Permohonan

eBANTUAN JKM

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Warga Emas

Berapakah jumlah bantuan BWE yang diberikan pada tahun 2025?

Jumlah bantuan yang diberikan di bawah Bantuan Warga Emas 2025 ialah RM600 sebulan.

Boleh mohon jika tinggal dengan anak?

Boleh, asalkan anak/penjaga tidak mampu menanggung dan pendapatan keluarga di bawah PGK.

Bila bantuan mula dibayar?

Dalam masa 1-3 bulan selepas permohonan diluluskan.

Ada had masa untuk permohonan?

Tiada. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Maklumat & Info Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan tentang Bantuan Warga Emas (BWE), sila layari atau hubungi :

Jangan berlengah, mohon segera! Bantuan ini dapat meringankan beban hidup anda.

Leave a Comment