Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 1 2026 – Semakan Status Penerima
Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 1 tahun 2026 akan mula disalurkan secara berperingkat mulai 20 Januari 2026. Semak kelayakan anda di https://bantuantunai.hasil.gov.my

Berikut dikongsikan maklumat lengkap mengenai STR Fasa 1 termasuk kadar bantuan dan cara semakan status penerima.
‘Baca Juga : Bantuan SARA Hidup 2026 – Semakan Status Kelayakan‘
Apa Itu Bantuan Tunai Rahmah STR?
Bantuan Tunai Rahmah STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah program bantuan tunai langsung daripada kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Ini termasuklah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan yang rendah, serta warga emas yang hidup bersendirian. Bayaran pertama STR Fasa 1 2026 akan bermula pada 20 Januari 2026.

Jumlah bayaran yang diterima akan berbeza-beza mengikut kategori masing-masing. Untuk makluman, Fasa 1 STR 2026 ini dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai penerima berbanding tahun sebelumnya.
Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 1 2026?
Bantuan ini terbuka kepada beberapa kategori, iaitu :
- Isi Rumah Berpendapatan Rendah
- Ketua isi rumah dengan pendapatan bulanan RM5,000 atau kurang layak untuk memohon.
- Kelayakan ini turut melibatkan pasangan dan anak-anak yang didaftarkan.
- Warga Emas Tanpa Pasangan
- Individu berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai pasangan dan berpendapatan RM5,000 atau kurang layak menerima bantuan ini.
- Individu Bujang
- Perlu diingatkan bahawa golongan bujang tidak lagi menerima bayaran tunai STR, tetapi akan menerima manfaat melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Jumlah / Kadar Bayaran Bantuan Tunai Rahmah STR 2026
Jumlah bayaran STR 2026 bergantung pada kategori penerima dan bilangan anak dalam isi rumah. Berikut adalah perincian jumlah bantuan yang akan diberikan :
| Kategori | Pendapatan Bulanan | Bilangan Anak | Jumlah STR (setahun) |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | ≤ RM2,500 | Tiada Anak | RM700 |
| 1 – 2 | RM1,200 | ||
| 3 – 4 | RM1,700 | ||
| ≥ 5 | RM2,200 | ||
| Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | Tiada Anak | RM200 |
| 1 – 2 | RM450 | ||
| 3 – 4 | RM700 | ||
| ≥ 5 | RM950 | ||
| Warga Emas Tiada Pasangan | ≤ RM5,000 | – | RM600 |
Nota : Golongan bujang yang berpendapatan rendah akan menerima manfaat melalui SARA dan bukan dalam bentuk tunai. SARA memberikan kredit bulanan yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian. Kredit ini akan dimuatkan ke dalam MyKad penerima.
Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2026
Bayaran STR Fasa 1 2026 akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima mulai 20 Januari 2026. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau menghadapi masalah dengan pengkreditan ke dalam akaun, mereka boleh membuat tuntutan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan Kelayakan Bantuan Tunai Rahmah STR
Semakan status kelayakan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR.
- Layari Portal Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Pada laman utama, pilih menu “Log Masuk MySTR / Semakan Status”.
- Masukkan No. MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan. (Jika pertama kali, anda perlu daftar MySTR terlebih dahulu. Gunakan fungsi “Daftar Akaun Baharu” dan ikut arahan.)
- Setelah berjaya log masuk, skrin pengesahan frasa keselamatan akan dipaparkan. Sahkan frasa keselamatan anda dan klik “YA” (jika betul).
- Klik menu “Maklumat Bayaran” atau “Semakan Status”. Paparan akan menunjukkan status permohonan STR 2026 anda (Lulus / Tidak Lulus / Dalam Proses) berserta maklumat jumlah bayaran yang layak mengikut fasa.
- Jika status Lulus, anda akan melihat perincian amaun Fasa 1 yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Jika Tidak Lulus atau tidak tersenarai, anda mungkin tidak layak untuk Fasa 1. Rujuk sebab tidak lulus yang dinyatakan (contoh : pendapatan melebihi syarat, maklumat tidak lengkap, dan lain-lain). Anda boleh mengemas kini permohonan untuk pertimbangan fasa seterusnya.
- Logout dari portal MySTR setelah selesai menyemak bagi menjaga keselamatan maklumat anda.

Sekiranya terlupa kata laluan MySTR, gunakan fungsi “Terlupa Kata Laluan” di portal. Anda akan diminta menjawab soalan keselamatan atau menerima pautan tetapan semula kata laluan melalui e-mel.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Selain bantuan tunai, kerajaan juga menyediakan SARA untuk membantu penerima menguruskan kos sara hidup. Melalui SARA, penerima akan menerima kredit bulanan yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Golongan yang layak akan menerima kredit antara RM100 hingga RM200 setiap bulan melalui MyKad mereka.

Kesimpulan
Bantuan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026 adalah inisiatif penting kerajaan dalam usaha membantu meringankan beban kewangan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Melalui bantuan tunai dan SARA, diharapkan penerima dapat mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi dalam mengharungi cabaran kos sara hidup.
Soalan Lazim (FAQ)
Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.
Tidak. STR akan dibayar secara berperingkat mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Anda boleh menuntut bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Jumlah Fasa 1 yang diterima berbeza mengikut kategori kelayakan. Maksimum adalah RM500 (contohnya bagi isi rumah dengan pendapatan ≤RM2,500) dan minimum RM100 (contohnya mungkin bagi isi rumah kategori pendapatan lebih tinggi tanpa anak).
Maklumat & Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan terkini Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai STR 2026 seperti semakan status bayaran STR, cara mohon, kemaskini atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- Laman Web : https://bantuantunai.hasil.gov.my