SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024 : CHECK SEKARANG
Untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat terutamanya golongan rentan, Kerajaan memeperuntukan pelbagai bantuan dan antaranya ialah Sumbangan Asas Rahmah yang telah ditambahbaik serta dinaikkan kadar sehingga RM1,200 kepada lebih 0.7 juta rakyat Malaysia.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sumbangan asas rahmah 1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
KADAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah disalurkan mengikut kadar setiap kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI MISKIN TEGAR | KATEGORI MISKIN EKASIH | KATEGORI ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
ISI RUMAH : RM1,200 | ISI RUMAH : RM1,200 | ISI RUMAH : RM300 |
WARGA EMAS : RM1,200 | WARGA EMAS : RM1,200 | WARGA EMAS : RM150 |
BUJANG : RM600 | BUJANG : RM600 | BUJANG : RM150 |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024
Pelaksanaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza setiap negeri mengikut kaedah seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Perak, Kedah, P. Pinang, Perlis, Melaka, Johor, N. Sembilan, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Pahang. | Pelaksanaan di Semenanjung Malaysia ialah Kerajaan mengkreditkan Sumbangan Asas Rahmah tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai runcit atau pasaraya yang terpilih. |
Sabah dan Sarawak | Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak pula adalah sama seperti pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan ke dalam akaun bank atau diberikan secara tunai di cawangan bank (BSN) setiap dua kali setahun sahaja. |
KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024
Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang bakal diperoleh penerima daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah :
- Kelebihan kepada penerima di Semenanjung Malaysia :
BIL. | KELEBIHAN-KELEBIHAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
1. | Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima secara automatik setiap bulan. |
2. | Penerima boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas. |
3. | Baki pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya. |
4. | Had pembelian setiap bulan adalah RM50 (bujang) RM100 (isi rumah / warga emas). |
- Kelebihan kepada penerima di Sabah dan Sarawak :
BIL. | KELEBIHAN-KELEBIHAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
1. | Dikreditkan secara tunai setiap dua kali setahun. |
2. | Penerima boleh menggunakan tunai untuk apa sahaja transaksi. |
3. | Pengkreditan adalah sebanyak RM300 (bujang) dan RM600 (isi rumah / warga emas). |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah di portal rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Nama Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan portal rasmi semakan di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan bantuan Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.