SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Sejajar dengan perubahan teknologi yang semakin ke depan serta ekonomi yang semakin mencabar, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad serta menaikkan kadar peruntukan sehingga lima kali ganda berbanding tahun sebelum ini.

Bantuan yang disalurkan ini adalah bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat terutamanya golongan rentan yang mudah terjejas dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BULANAN EWALLET 300 : CHECK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024

Pemberian bantuan sebanyak RM1,200 ke dalam MyKad adalah tertakluk kepada kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD 1200 2024

Penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan dalam Mykad mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN
MYKAD 1200 2024
22.01.2024
01.02.2024
01.03.2024
01.04.2024
01.05.2024
01.06.2024
01.07.2024
01.08.2024
01.09.2024
01.10.2024
01.11.2024
01.12.2024

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 1200 2024

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan bantuan RM1,200 dalam MyKad :

BIL.
1.Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang
berdaftar dengan bantuan ini.
2.Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori
produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda
harga.
3.Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan
penerima bantuan.
4.Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan
asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
5.Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor
pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
6.Simpan resit untuk semakan baki.
*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024

Ikuti cara semakan MyKad penerima bantuan yang bernilai RM1,200 pada pautan di bawah :

PERKARAPAUTAN
Semakan Penerima
Bantuan MyKad RM1,200
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pautan laman rasmi semakan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment