PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Pengeluaran Khas KWSP kini dibenarkan mengikut syarat yang ditetapkan kepada ahli yang memenuhi kelayakan serta memerlukan. Secara umumnya, inisiatif untuk meningkatkan rancangan pengeluaran melalui FSA2 ini akan dilaksanakan sepanjang 2024.
Bagaimanakah permohonan pengeluaran khas kwsp? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP DALAM MYKAD 1200 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
APA ITU PENGELUARAN KHAS KWSP
Kemudahan Sokongan Akaun 2 ialah kemudahan skim pembiayaan pengeluaran yang disediakan untuk tujuan peribadi melalui institusi perbankan yang berkaitan. Menariknya, permohonan dibuka sepanjang tahun untuk membantu ahli yang perlu mengeluarkan dana.
Skim KWSP FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan kriteria kelayakan yang berbeza. Dengan kemudahan sedemikian, dapat memberi manfaat kepada pencarum.
KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP 2024
Pengeluaran Khas KWSP adalah dibenarkan mengikut had kadar seperti berikut :
KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP | JUMLAH |
---|---|
Kadar Minimum | RM3,000 |
Kadar Maksimum | RM50,000 |
SYARAT PENGELUARAN KHAS KWSP 2024
Berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP untuk pengeluaran khas :
- Warganegara Malaysia;
- Terbuka kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
- Permohonan adalah sekali sahaja;
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
- Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2; dan
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).
INSTITUSI BANK UNTUK PENGELUARAN KHAS KWSP
Terdapat tiga (3) institusi perbankan yang terlibat untuk pengeluaran khas KWSP :
- MBSB Bank;
- Bank Simpanan Nasional (BSN); dan
- CIMB Bank.
PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2024
Ikuti langkah-langkah permohonan pengeluaran khas KWSP di portal rasmi seperti berikut :
- Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
- Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
- Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
Laman pertanyaan KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
Saya dah xmencarum kwsp…boleh keluarkan atau tidak?
Saya dah tak mencarum kwsp..boleh keluarkan atau tak?
Saya nak keluarkan kwsp rm10k boleh tak
Oneoff 30K
Saya dah lama tidak mencarum di KWSP…bolehkah kalau ingin membuat pengeluaran….Umur dah 46thn…kerja buroh jer sekarang ni.
Saya nak keluarkan seberapa yang boleh kerana nak meringankan beban hidup settle semua hutang yang ada..
Macam mana cara pergeluaran kwsp
Saya nak keluarkan seberapa yang boleh kerana nak meringankan beban hidup settle semua hutang yang ada..