SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 1200 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG
Sehingga kini, bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad masih diteruskan. Bagi membantu rakyat yang kurang kemampuan dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin tinggi. Oleh itu, bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad telah dinaikkan kadar bantuan sehingga RM1,200.
Bagaimanakah semakan bantuan dalam mykad 1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA RM100 APRIL : CHECK SEKARANG
MANFAAT PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 1200 2024
Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh penerima daripada bantuan yang dimasukkan ke dalam Mykad :
- Had bantuan sehingga RM1,200 setahun.
- Dikreditkan kepada penerima secara automatik setiap bulan.
- Dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam Mykad penerima.
- Baki daripada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
- Penerima boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD 1200 2024
Penyaluran bantuan ke dalam Mykad penerima adalah seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Penyaluran Bantuan Dalam MyKad RM1,200 | Bermula 22 Januari 2024 (Setiap bulan) sehingga 1 Disember 2024 |
LANGKAH MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 1200 2024
Ikuti langkah-langkah untuk menggunakan bantuan dalam Mykad :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (Rujuk kedai berhampiran anda di SINI).
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan baki.
SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 1200 2024
Semakan bantuan dalam Mykad penerima perlu melalui laman rasmi seperti berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.