SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024 : CHECK SEKARANG

Secara umumnya, bantuan Mykasih disalurkan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kadar bantuan Mykasih adalah berbeza diberikan mengikut kategori penerima dan kadar bantuan bernilai RM300 ini adalah khas untuk kategori bujang yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan mykad 300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN STR FASA 2 : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 300 2024

Bantuan MyKasih akan disalurkan kepada penerima mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKHJUMLAH
Penyaluran pertama
bantuan Mykasih
19 Februari 2024RM300
Penyaluran kedua
bantuan Mykasih
12 Ogos 2024RM300

CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 300 2024

Penyaluran bantuan Mykasih adalah dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan. Namun, bagi pemohon yang tidak memiliki sebarang maklumat akaun bank akan diberikan secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024

Penerima haruslah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun;
  • Status bujang / balu / duda / janda yang tidak mempunyai anak;
  • Pendapatan individu kurang daripada RM2,500 sebulan;
  • Beralamat dan menetap di Sabah atau Sarawak;
  • Berdaftar sebagai penerima miskin atau miskin tegar; dan
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024.

CARA MAKLUMAN PENERIMA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024

Pemohon yang disahkan layak akan menerima makluman pemberitahuan bantuan Mykasih seperti berikut :

BIL.CARA MAKLUMANKETERANGAN
1.Pengiriman SuratSesetengah penerima akan menerima surat
pemakluman kelayakan menerima Bantuan MyKasih.
2.Melalui Pesanan Ringkas
(SMS / Whatsapp)
Akan menerima Sistem Pesanan
Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada
MyKasih untuk mengesahkan status
kelayakan menerima Bantuan MyKasih.
3.Semakan Status
di Portal Rasmi
MyKasih
Sekiranya tidak menerima pemakluman di
atas, pemohon boleh membuat semakan
status di portal rasmi bantuan Mykasih.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024

Sekiranya pemohon tidak menerima apa-apa pemakluman, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi Mykasih seperti berikut :

  1. Sila klik portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment