SEMAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Penerimaan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan iaitu Sumbangan Asas Rahmah mendapat sambutan yang baik oleh penerima sebelum ini. Justeru, Kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima supaya dapat merasai sumbangan ini.
Bagaimanakah semakan penerima sumbangan asas rahmah 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 APRIL : CHECK STATUS SEKARANG
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024
Sumbangan Asas Rahmah adalah salah satu bantuan subsidi bersasar yang disalurkan secara tunai dan tanpa tunai mengikut negeri penerima. Bantuan ini adalah disalurkan kepada rakyat dalam golongan miskin dan miskin tegar. Jumlah bantuan juga bertambah sehingga RM1,200 berbanding sebelum ini hanya disalurkan sebanyak RM600 sahaja.
BILAKAH TARIKH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024
Tarikh penyaluran Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, P.Pinang, Perlis, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor | Disalurkan setiap bulan bermula 22 Januari 2024 pada bulan seterusnya pada 1 hari bulan sehingga 1 Disember 2024 |
Sabah dan Sarawak | Disalurkan dua kali setahun pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 |
BAGAIMANAKAH KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024
Kaedah penyaluran Sumbangan Asas Rahmah juga berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, P.Pinang, Perlis, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor | Dikreditkan sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam Mykad penerima. |
Sabah dan Sarawak | Dikreditkan sebanyak RM600 dua kali setahun ke dalam akaun bank / secara tunai |
SEMAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024
Pemohon boleh membuat semakan kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah bernilai RM1,200 pada pautan seperti di bawah berikut :
- Sila layari portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN ASAS RAHMAH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.