SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 APRIL 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 APRIL 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

MySARA adalah sebuah bantuan subsidi bersasar yang disalurkan kepada 0.7 juta penerima sepanjang tahun dan kini disalurkan berjumlah RM100 pada bulan April untuk membantu menampung kos perbelanjaan persediaan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mysara rm100 april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP : CHECK SEKARANG

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 APRIL 2024

Pemberian bantuan MySARA RM100 bagi bulan April adalah tertakluk kepada kriteria kelayakan penerima yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Status berkahwin atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

TARIKH BANTUAN MYSARA RM100 APRIL 2024

Pengkreditan bantuan MySARA RM100 adalah mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Pengkreditan Bantuan MySARA1 April 2024 (Isnin)

KAEDAH PEMAKLUMAN BANTUAN MYSARA RM100 APRIL 2024

Penerima yang disahkan layak akan dimaklumkan sebagai penerima bantuan MySARA bagi bulan April seperti kaedah berikut :

  1. Kiriman Surat :
    • Mengikut alamat yang didaftarkan, sesetengah penerima akan menerima surat pemakluman kelayakan menerima Bantuan MySARA.
  2. Penghantaran Sistem SMS :
    • Penerima akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status sebagai penerima di bawah program ini.
  3. Semakan melalui Portal Rasmi MyKasih :
    • Sekiranya tidak menerima pemakluman di atas, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan Mykasih.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 APRIL 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan MySARA melalui portal rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status penerima bantuan MySARA akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (MySARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 APRIL 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment