SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui tentang inisiatif bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad penerima. Lebih 700 ribu penerima yang telah disahkan layak menerima bantuan ini dengan jumlah RM100. Kini penyaluran adalah pada bulan April yang sekaligus untuk membantu membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm100 april? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 ONLINE TELAH DIBENARKAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BILAKAH TARIKH PENERIMA AKAN MENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024

Penerima akan menerima bantuan dalam Mykad sebanyak RM100 adalah pada tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Bantuan Mykad RM100 20241 April 2024 (Jumaat)

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024

Penerima yang disahkan layak adalah yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

BAGAIMANAKAH PROSEDUR PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024

Berikut merupakan prosedur penggunaan bantuan dalam Mykad :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
  2. Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan resit untuk semakan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad sebanyak RM100 bagi bulan April 2024 :

  1. Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment