SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Pelbagai bantuan yang akan disalurkan kepada yang berdaftar dengan e-Kasih dan antaranya adalah bantuan RM100 yang akan disalurkan seawal bulan April ini. Kerajaan juga telah mengesahkan seramai 700 ribu rakyat yang layak menerima bantuan ini.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ekasih rm100 april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN EKASIH 2024

E-Kasih adalah merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian atau Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pemberian bantuan untuk program pembasmian kemiskinan.

BILAKAH PEMBERIAN BANTUAN EKASIH RM100 APRIL 2024

Kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan e-Kasih yang bernilai RM100 akan disalurkan kepada 700 ribu penerima yang bermula pada tarikh 1 April 2024 (Isnin) bersamaan dengan 21 Ramadan 1445H dan disalurkan secara berperingkat mengikut kelayakan penerima.

BAGAIMANAKAH PELAKSANAAN BANTUAN EKASIH RM100 APRIL 2024

Pelaksanaan bantuan e-Kasih yang bernilai RM100 pada bulan April adalah disalurkan kepada melalui Kad Pengenalan penerima khas untuk digunakan membeli barangan keperluan asas dan pembayaran adalah tanpa tunai di mana-mana kedai atau pasaraya yang berdaftar.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 APRIL 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan e-Kasih RM100 bagi bulan April di pautan seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN BANTUAN EKASIH
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  1. Sila layari Portal Rasmi e-Kasih di atas.
  2. Pada halaman utama e-Kasih, sila klik pada [eKasih Semakan].
  3. Kemudian, klik pada [Semakan Pendaftaran] Sekiranya anda telah berdaftar dengan e-Kasih.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Seterusnya, tekan pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan juga daripada Portal Rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.

Leave a Comment