BANTUAN ETUNAI RM300 2024 : MOHON DAN SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN ETUNAI RM300 2024 : MOHON DAN SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Selaras dengan pemodenan masa kini, bantuan yang disalurkan juga adalah secara eTunai melalui aplikasi. Ia telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2021 dan masih diteruskan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah cara mohon dan semak kelayakan bantuan etunai rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PENGELUARAN KHAS KWSP : MOHON SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN ETUNAI

Bantuan eTunai adalah merupakan bantuan yang disalurkan melalui aplikasi e-Wallet yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2021 untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah memenuhi keperluan asas setiap bulan.

JUMLAH BANTUAN ETUNAI 2024

Bantuan eTunai yang disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti jumlah berikut :

JUMLAH BANTUAN ETUNAI 2024
RM3,600 disalurkan selama 12 bulan secara ansur sebanyak
RM300 setiap bulan.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN ETUNAI 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh penerima daripada bantuan eTunai :

  1. Setiap bulan Kerajaan akan menambah nilai RM300 secara automatik ke dalam aplikasi e-Wallet penerima.
  2. Baki yang tidak dihabiskan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
  3. Bantuan dalam aplikasi e-Wallet boleh digunakan untuk transaksi pembelian barangan keperluan asas.
  4. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ETUNAI RM300

Pemberian bantuan eTunai bernilai RM300 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

BANTUAN ETUNAI RM300 2024

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan diatas, anda boleh ikuti cara permohonan di laman rasmi seperti berikut :

PAUTAN LAMAN RASMI BANTUAN ETUNAI
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila layari pautan laman rasmi permohonan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
  3. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  4. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  5. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  6. Klik [Sahkan OTP].
  7. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  8. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  9. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  11. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  12. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  13. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  14. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  15. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  16. Tekan butang [Hantar].
  17. ‘Pendaftaran anda telah berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  18. Selesai.

*Nota : Laman rasmi masih belum dibuka untuk permohonan dan akan dikemaskini apabila dibuka kembali.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment